Harga sebutir ‘painkiller’: suatu autoetnografi / Rofiza Aboo Bakar

Aboo Bakar, Rofiza (2024) Harga sebutir ‘painkiller’: suatu autoetnografi / Rofiza Aboo Bakar. Bulletin. Academy of Language Studies.

Abstract

Entah mengapa gusiku ini telah lebih sepuluh hari membengkak dan surut bergilir-gilir tanpa mahu berhenti. Lagaknya tak ubah seperti air laut yang pasang surut sebanyak dua kali sehari dan semalam. Selalunya di Malaysia ianya tidak begini dan memberi ‘kerjasama’ yang baik kecuali ketika aku merasa begitu tertekan dengan kerja yang tidak kunjung habis. Penyelidikan saintifik telah mendedahkan bahawa terdapat kaitan antara penyakit gusi dan tekanan dengan keterukan penyakit gusi meningkat apabila tekanan meningkat (Bellevue Hill Dental, n.d.). Semasa aku ke Indonesia lewat Jun 2023 yang lalu, ianya membengkak sebelum itu dan kemudian kembali surut dengan aturan antibiotik yang dibekalkan oleh doktor gigi Klinik Pergigian Prodenta bertentangan Mydin Bukit Mertajam. Doktor itu telah membuat x-ray menyeluruh akan rahang gusi dan gigi dan mendapati tiada penyakit merbahaya kecuali keperluan membersihkan secara berkala sekali setiap enam bulan. Tiada apa yang berubah dari sang doktor tentang penjagaan mulut kecuali kesediaan aku merabakkan poket setiapkali berjumpa dengannya. Pengetahuan itu telah lama terbenam dalam benakku sejak aku bersekolah rendah. Aku pasti orang lain juga begitu pengetahuannya. Jadi, secara teori yang ku pegang sendiri, gusi ini tidak akan bermasalah sekurang-kurangnya sehingga bulan Februari 2024 nanti. Itu teoriku sendiri yang dibuat dengan mengambil kira rawatan yang telah dibuat sebelum ini, rutin kebersihan mulut setiap hari dan sebagainya lagi.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Aboo Bakar, Rofiza
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Hassan, Norhaslinda
UNSPECIFIED
Chief Editor
Razali, Wan Noorli
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Academy of Language Studies
Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Lingua
ISSN: 2600-7134
Keywords: e-Lingua, Academy of Language Studies, UiTM Pulau Pinang
Date: January 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90057
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 90057.pdf] Text
90057.pdf

Download (4MB)

ID Number

90057

Indexing

Statistic

Statistic details