Budaya dan tradisi seni anyaman Melayu / Noor Hafiza Ismail

Ismail, Noor Hafiza (2013) Budaya dan tradisi seni anyaman Melayu / Noor Hafiza Ismail. In: Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013. Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK), pp. 91-97. ISBN 978-967-11172

Abstract

Masyarakat melayu terdahulu terkenal dengan bangsa yang kreatif dan berdaya saing dalambidang seni kraf sehingga terhasilnya pelbagai jenis anyaman yang sangat dikagumi sehinggake hari ini. Penghasilan anyaman secara tidak langsung menjadi salah satu sumber pendapatan masyarakat kampong dan negara dalam bidang pelancongan. Ia dapat menaikkan seni krafanyaman melayu ke serantau dunia melalui para pelancong yang datang ke Malaysia.Penghasilan anyaman tradisi dari pelbagai sumber bahan mentah yang terdapat di alam rimbaMalaysia turut mempengaruhi proses penghasilan rekabentuk produk yang unik dan menarik.Oleh itu, aktiviti anyaman tradisi melayu perlu dipelihara supaya generasi akan datang dapat mengenali dan menghargai seni anyaman warisan. Tanpa pelbagai usaha yang berterusan seni anyaman ini akan terus pupus ditelan arus permodenan yang sentiasa bergerak pantas.Walaupun seni anyaman mengalami persaingan sengit dengan penghasilan pelbagai jenisbarangan moden yang lebih tahan lama, ringkas dan murah namun ia tetap harus dipertahankan memandangkan tanpa sebarang warisan sesuatu bangsa itu tidak akan dipandang tinggi oleh masyarakat luar. Anyaman turut menjadi kebanggaan masyarakat melayu yang mana iamemaparkan masyarakat melayu pada ketika itu diantara golongan bijak pandai. Ini kerana pada ketika itu,masyarakat tanah melayu belum memberi penekanan dalam bidang pendidikanseperti pada hari ini tetapi mereka masih mampu menghasilkan pelbagai jenis anyaman yangmemerlukan ketangkasan dalam pengiraan. Ini menunjukkan kehebatan masyarakat terdahulu dalam menghasilkan sesuatu yang dapat digunakan sehingga ke hari ini disamping mempunyai nilai estetik yang tidak boleh dipertikaikan lagi

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 89762.pdf] Text
89762.pdf

Download (2MB)

ID Number

89762

Indexing

Statistic

Statistic details