Abstract
Bermula dengan wabak Covid-19 yang melanda dunia pada tahun 2020, pendekatan pembelajaran dalam talian telah menjadi norma dalam pendidikan. Dengan kemunculan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pelajar kini boleh mengakses bahan pembelajaran tanpa perlu berada dalam bilik darjah fizikal. Pembelajaran dalam talian menawarkan kelebihan seperti kelonggaran waktu dan tempat, tetapi ia juga membawa beberapa masalah yang berbeza apabila pelajar perlu beralih daripada pembelajaran dalam talian ke pembelajaran bersemuka di dalam kelas. Masalah utama sewaktu proses peralihan pembelajaran dalam talian ke bersemuka yang mungkin dihadapi oleh pelajar adalah perasaan kurang selesa dan cemas apabila berhadapan dengan situasi pembelajaran di dalam kelas. Pembelajaran dalam talian memberikan pelajar kelonggaran untuk belajar dalam suasana yang selesa, biasanya di rumah atau tempat yang mereka pilih sendiri. Mereka boleh belajar pada bila-bila masa yang sesuai untuk mereka, dan ini memberi mereka kawalan yang lebih besar terhadap proses pembelajaran. Apabila berpindah ke pembelajaran bersemuka pelajar mungkin merasa tertekan oleh kehadiran rakan sebaya dan guru di dalam dalam kelas. Ada segolongan pelajar yang mungkin tidak selesa dengan perasaan diperhatikan dan terpaksa berinteraksi dengan orang lain secara langsung. Kesemua ini boleh menyebabkan perasaan cemas dan kurang keyakinan dalam diri pelajar.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hashim, Mohamad Zain UNSPECIFIED Musa, Muriatul Khusmah UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Hassan, Norhaslinda UNSPECIFIED Chief Editor Razali, Wan Noorli UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Academy of Language Studies Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Lingua |
ISSN: | 2600-7134 |
Keywords: | e-Lingua, Academy of Language Studies, UiTM Pulau Pinang |
Date: | January 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/89661 |