Kembara karomah, 9 September 2023 - 25 September 2023 / Melati Desa

Desa, Melati (2024) Kembara karomah, 9 September 2023 - 25 September 2023 / Melati Desa. Bulletin. Academy of Language Studies.

Abstract

Kata ahli bijak pandai ‘jemputan ke syurga itu bukan pilihan’, maka kata ana pula, ‘humbanan ke neraka juga pastinya bukan pilihan’, benarkah telahan ana ini? Jawapannya ana anggap berlapis bentuknya, begini: Allah menaikkan taraf manusia berbanding malaikat yang hanya menurut perintah tanpa pilihan. Sedangkan manusia diberikan pilihan berpandukan nafsu dan diseimbangkan dengan akal. Pertimbangan akal yang waras inilah akan membimbing manusia sama ada memilih untuk ke neraka atau ke syurga. Walaupun Allah sudah tentukan takdir seseorang, manusia sebenarnya diberi peluang untuk mengubah takdir dan Allah sendiri tahu usaha dan doa yang dilakukan oleh hambanya berdasarkan takdir yang telah ditentukanNya. Berat kalau fikirkan hal takdir. Jadi, jangan biarkan diri anda dalam misteri, persiapkan ilmu kerana seseorang hamba itu jika tidak mengenal Allah dengan keimanan, sudah pasti ianya sukar untuk memahami dengan jelas apakah itu ketentuan takdir. Demikian mukadimah cerita kembara karomah ini. Penulis membahasakan diri ‘ana’ yang berbunyi gaya sedikit arab. Ana sedar bahawa mereka yang telah melawat ke rumah Allah di tanah suci bukan kerana berkepulnya ringgit tetapi kerana dijemput Pencipta ke sana. Ana juga tahu ramai sahaja yang kaya raya berjuta wangnya, malah sudah mengelilingi dunia, telah pun melawat destinasi-destinasi mewah tetapi belum terbuka hati untuk menjejak kaki ke tanah suci. Untuk membuka hati bukanlah semudah menghambur serapah ‘yar inseng mate kaji semaranggg seng!!’ (meminjam jampi pembuka gua oleh seniman P.Ramlee dalam filem 40 penyamun). Tidak juga segampang ‘Expecto Patronum’ seperti yang dilontarkan kata-kata hikmat oleh kanak-kanak remaja bercermin mata bulat, Harry Potter. Ungkap ahli agama, golongan kaya raya yang belum terniat menjejak kaki ke tanah suci ini sebenarnya belum dijemput Ilahi, ana terkedu. Pada pendapat ana (pendapat peribadi yang tidak minta disokong atau disanggah), walaupun telah dijemput ke sana, belum tentu sepanjang keberadaannya di dua lokasi tanah haram akan membuatkan diri hamba yang dijemput itu suci. Sebaliknya, adakalanya kelakuan jemputan jemaah di tanah air terbawa-bawa dan ditunjukkan di sana. Jadi terpulang kepada pelaku itu sendiri untuk mengambil iktibar, sekiranya jemaah tersebut ‘tersedar’ dan mengambil iktibar, disinilah terbitnya karomah dalam kembaranya.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Desa, Melati
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Hassan, Norhaslinda
UNSPECIFIED
Chief Editor
Razali, Wan Noorli
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Academy of Language Studies
Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Lingua
ISSN: 2600-7134
Keywords: e-Lingua, Academy of Language Studies, UiTM Pulau Pinang
Date: January 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/89651
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 89651.pdf] Text
89651.pdf

Download (5MB)

ID Number

89651

Indexing

Statistic

Statistic details