Abstract
Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang bermula seawal di sekolah rendah di Malaysia merupakan satu perkembangan yang positif. Kesesuaian cara penyampaian subjek bahasa Arab akan menentukan sama ada objektif pendidikan bahasa Arab dapat dicapai dengan jayanya. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cara penyampaian guru dan pencapaian murid dalam subjek bahasa Arab di sekolah rendah tahap satu. Sebanyak 274 murid dan 7 orang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan yang dijalankan dengan mencatat dan merakam gambar di dalam kelas ketika proses pengajaran berjalan. Manakala sesi temu bual memfokuskan kepada pandangan guru berkenaan amalan dan pencapaian murid di dalam kelas. Dapatan kajian ini menunjukkan kebanyakan amalan pengajaran oleh guru sangat baik dan sesuai dengan tahap murid-murid serta penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam sesi kelas. Dari segi pencapaian pula, didapati kemahiran mendengar dan bertutur adalah lebih rendah daripada kemahiran membaca dan menulis. Namun secara keseluruhannya, pencapaian murid-murid adalah memuaskan. Kajian ini mencadangkan agar pendedahan kepada aktiviti luar darjah mampu meningkatkan lagi motivasi dan mengukuhkan kemahiran bahasa Arab murid seperti lawatan dan kem bahasa Arab.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Che Mat, Azman azman531@uitm.edu.my Abdul Rahman, Siti Abidah UNSPECIFIED Awang, Azarudin UNSPECIFIED Ramli, Nazratul Aini UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Elementary or public school education. Elementary school teaching > Language, grammar, composition, etc. The teaching of the mother tongue |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sabah > Kota Kinabalu Campus |
Journal or Publication Title: | Borneo Akademika |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Borneo Akademika (BA) |
ISSN: | 2462-1641 |
Volume: | 7 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 1-12 |
Keywords: | Amalan; Penyampaian; Bahasa Arab; BBM; Kemahiran |
Date: | December 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/89614 |