Abstract
Peranan guru berkualiti sememangnya telah terbukti dan memberi impak yang besar terhadap kemenjadian murid. Guru berkualiti adalah individu yang mampu menguasai dan merealisasikan segala bentuk kemahiran dan pengetahuan. Guru Pendidikan Islam perlu bersikap terbuka, proaktif, produktif dan menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi sebagai pemangkin ke arah penghasilan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kualiti guru Pendidikan Islam melalui aspek penguasaan ilmu, kaedah pengajaran, personaliti diri, motivasi dan persekitaran guru. Kajian ini merupakan satu kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui instrumen soal selidik. Seramai 714 orang guru Pendidikan Islam sekolah kebangsaan di Selangor telah terlibat dalam kajian ini. Setiap data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23.0. Data deskriptif kajian telah dianalisis dengan menggunakan peratus dan min, manakala data inferensi dianalisis menggunakan Ujian-t Test, ANOVA sehala dan korelasi. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan kualiti guru Pendidikan Islam berada pada tahap yang sangat tinggi (min 4.282, SD 0.347). Analisis inferensi menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek demografi umur guru yang lebih 45 tahun dengan tahap kualiti guru Pendidikan Islam F=(3,6.18), sig=0.000, (p<0.005). (min=4.42). Hasil analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang kuat dan sederhana bagi faktor-faktor kualiti guru Pendidikan Islam. Sehubungan itu, kajian ini menjadi salah satu indikator dalam mewujudkan kualiti guru yang mampan dan jitu khususnya dalam kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan
Metadata
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Kasmin, Razila 2016692142 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Mohamad, Mohd Dani UNSPECIFIED |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Programme: | Ijazah Sarjana (Pengajian Islam Kontemporari) – IC780 |
Keywords: | guru, pendidikan, islam |
Date: | 2019 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/89540 |
Download
89540.pdf
Download (185kB)