Abstract
Jika anda sukakan aktiviti lasak, suka beriadah bersama keluarga dan suka melancong, pastikan anda tidak melepaskan peluang bercuti di Dabong. Trip ke Dabong menggunakan perkhidmatan KTM sangat berbaloi dengan koc yang diperbaharui, canggih serta selesa untuk penumpang serta mesra OKU. Orang ramai tidak perlu lagi berebut-rebut dan boleh menempah tiket terlebih dahulu mengikut masa yang dikehendaki dan harga yang ditawarkan juga menjimatkan. Jangan terkejut kerana walaupun di era millenium, anda akan merasakan seakan-akan sampai di tahun 1950an sebaik tiba di stesen Wakaf Bharu dengan pemandangan hijau dan kampung, serta jauh daripada hiruk pikuk bandar. Udara segar yang dihirup bersama pemandangan hutan di kiri kanan sangat menenangkan tatkala menaiki prebet sapu bersama anak-anak menuju ke rumah rehat diiringi oleh celoteh pemandunya yang menerangkan serba sedikit sejarah tempat itu. Bagi pendaki-pendaki, Dabong yang terletak di daerah Kuala Krai bukanlah tempat asing kerana di situlah letaknya Gunung Stong dan menjadi tumpuan utama mereka untuk menikmati pemandangan indah gunung dengan kepulan awan karpet sambil menyusuri hutan, gua-gua, anak sungai serta air terjun. Panorama yang cantik dan unik yang dimiliki oleh Gua Keris menjanjikan pengalaman menarik yang pastinya akan dipahat rapi oleh penerokanya. Sekiranya anda suka berswafoto, masa yang dilalui tatkala berada di situ dirasakan terlalu pendek kerana pemandangan indah tatkala meneroka formasi stalagmit dan stalaktit serta batuan bersinar yang sukar untuk dilihat dan dicari di mana-mana yang melekakan pemerhatinya.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Azman, Nur Helme @ Nur Jannah UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | FSR@S3 e-BULLETIN |
ISSN: | 3009-1500 |
Keywords: | Train, Dabong, KTM, OKU, Kuala Krai |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/89283 |