Abstract
Penemuan sains moden “neuroscience” mendapati bahawa manusia mempunyai tiga jenis otak iaitu otak kepala, otak hati dan otak perut atau “head-brain, heart-brain dan gut-brain”. Secara lebih khusus, otak kepala atau nama saintifiknya (cephalic brain), otak hati (cardiac brain) dan otak perut (enteric brain), mempunyai pertalian komunikasi secara berterusan antara satu sama lain pada satu-satu masa. Justeru, setiap organ mempunyai rangkaian neuro yang kompleks serta mampu menyimpan dan memproses maklumat yang diterima. Tambahan lagi, setiap organ otak tersebut mempunyai kapasiti yang berbeza antara satu sama lain, iaitu otak kepala terdiri daripada 100 bilion neuron, otak hati terdiri daripada 40,000 neuron manakala otak perut pula meliputi 100 juta neuron.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Usop, Rossidi UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | ASPIRASI FPP |
ISSN: | 2735-0525 |
Number: | 2 |
Keywords: | Penulis, otak, usahawan, budiman |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/89077 |