Abstract
Trend pengiklanan digital bagi produk ubatan tradisional dilihat semakin berkembang pantas di samping kaedah tarikan (attention) kepada khalayak pengguna dengan lebih kreatif dan efektif. Dalam konteks ini, iklan digital dalam pemasaran produk ubatan tradisional adalah terdiri daripada gabungan ekosistem perniagaan, pemasaran, komunikasi, kesenian, teknologi, dan farmaseutikal yang menyokong perkembangan positif industri halal di Malaysia. Melalui perkembangan revolusi perindustrian 4.0 (4IR) yang telah menggalakkan penggunaan teknologi the Internet of things (IoT) dan teknologi maklumat telah menjadi pemangkin kepada pembangunan industri pengiklanan digital secara global. Namun demikian, rungutan terhadap kandungan iklan bagi pemasaran produk ubatan tradisional dilihat semakin membimbangkan. Beberapa isu ketidakpatuhan syariah dalam pengiklanan digital dikenal pasti antaranya wujud unsur penipuan (fraud), mengelirukan (misleading), dakwaan berlebihan (overclaim) dan pornografi (pornography) dalam iklan. Sebaliknya, pengiklanan digital dapat memberi kemudahan capaian maklumat, kesedaran dan pendidikan kepenggunaan serta mengelak daripada merosakkan nilai sosial pengguna seperti budaya materialisme, konsumerisme dan fetishism yang telah diterapkan dalam mesej dan cerita dalam iklan. Rentetan daripada permasalahan tersebut, terdapat jurang kajian apabila kajian lepas hanya memfokuskan iklan bagi produk kewangan, farmasi dan makanan. Justeru kajian ini memfokuskan objektif kajian iaitu meneroka prinsip syariah berkaitan pengiklanan digital dalam pemasaran produk ubatan tradisional, menganalisis penerapan prinsip syariah bagi praktis semasa pengiklanan digital dalam pemasaran produk ubatan tradisional dan membangunkan model pengiklanan digital patuh syariah dalam pemasaran produk ubatan tradisional. Seterusnya, reka bentuk kajian bersifat penerokaan dan fenomenologi yang melibatkan isu pengiklanan digital dalam pemasaran produk ubatan tradisional. Manakala bagi kaedah penyelidikan, pendekatan kualitatif digunakan dengan melakukan kajian kepustakaan dan analisis kandungan iaitu kajian lepas, kitab fiqh muamalat dan dokumen perundangan.
Metadata
Item Type: | Thesis (PhD) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Jaapar, Nurzahidah 2019859122 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Mohamed Yusof, Mohd Faiz UNSPECIFIED Thesis advisor Muhamad, Mohd Dani UNSPECIFIED Thesis advisor Saidon, Rafeah UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > Advertising R Medicine > R Medicine (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Programme: | Doktor Falsafah (Pengajian Islam Kontemporari) |
Keywords: | Pengiklanan digital, patuh syariah, ubatan tradisional, pemasaran |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88923 |
Download
88923.pdf
Download (250kB)