Abstract
Usia 50 tahun seringkali digambarkan sebagai titik di mana seseorang mula memasuki fasa persaraan atau mencari cabaran baru dalam kerjaya mereka. Walau bagaimanapun, banyak individu di usia ini masih aktif terutamanya yang berkecimpung dalam dunia pendidikan, dan peranan pendidik yang berusia setengah abad atau lebih ini masih lagi penting dalam perkembangan generasi muda. Pendekatan "berumur bukanlah penghalang" benar-benar tercermin dalam peranan pendidik di usia 50 tahun. Mereka membawa pengalaman bertahun-tahun dalam bidang pendidikan, memahami dinamika kelas dan cara terbaik untuk melibatkan pelajar. Pengalaman ini memberi mereka kelebihan unik dalam membantu pelajar mencapai kejayaan akademik dan perkembangan sosial. Mereka membawa kebijaksanaan yang mendalam dalam pendidikan. Mereka telah melalui berbagai situasi dan cabaran dalam karier dan juga hidup justeru ini membolehkan mereka menangani isu-isu di kelas dengan lebih sabar dan berkesan. Mereka juga mempunyai kemampuan untuk mengetahui bagaimana merancang pengajaran yang efektif dan menyokong perkembangan holistik pelajar. Walaupun begitu mereka mungkin tidak begitu profesional apabila bermain dengan teknologi seperti generasi yang lebih muda, tetapi tidak terlalu lambat untuk mereka mempelajari dan mengadaptasikan alat dan platform teknologi baru dalam pengajaran mereka.Mereka mungkin kurang tangkas, masih terkial-kial dengan berbagai macam perisian yang digunakan selari dengan perubahan generasi. Menyedari kepentingan teknologi dalam pendidikan moden, mereka berusaha untuk mengikuti perubahan ini walaupun ianya agak sukar bagi golongan yang berada di ambang usia emas yang mungkin semakin kabur penglihatannya, lemah ingatannya dan sakit sendi dan sarafnya. Asam garam yang dilalui oleh pendidik senior ini amat berguna untuk membentuk pelajar yang kaya dengan nilai-nilai murni. Dapat dilihat perbezaan tingkah laku dan percakapan anak-anak muda generasi kini, bahasanya terkadang tidak dapat difahami, tiada juga di dalam kamus bahasa jika dicari. Media sosial menjadi rujukan hampir untuk semua perkara, mereka agak terbuka, mungkin tidak sama dengan generasi lama, pun begitu adab yang diamalkan generasi lama ada ketikanya lebih bagus jika boleh diteruskan oleh generasi baru, lebih berbudi bahasa , menghormati dan beradab apabila berbicara. Di sinilah pendidik yang berpengalaman boleh memainkan peranan mereka untuk mendidik bukan sekadar dengan didikan akademik.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Umar, Norazah UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Kadar, Rozita UNSPECIFIED Chief Editor Abu Mansor, Siti Nurleena UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
ISSN: | 2637-0077 |
Keywords: | eBuletin JSKM, Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Pulau Pinang |
Date: | November 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88196 |