Abstract
Industri hospitaliti sentiasa berkembang, selari dengan trend, teknologi terkini dan pilihan tetamu muncul secara tetap. Dalam industri yang sangat kompetitif, di mana tetamu mempunyai banyak pilihan untuk dipilih, menyediakan perkhidmatan yang luar biasa dan penginapan yang tidak dapat dilupakan adalah penting. Kakitangan Room Division yang terlatih dan bermotivasi boleh menyumbangkan perbezaan ketara dalam kepuasan tetamu, yang membawa kepada maklumbalas yang positif, tempahan berulang dan pemasaran dari mulut ke mulut. Bahagian Room Division Hotel UiTM Shah Alam, Dungun dan Pulau Pinang telah menganjurkan satu bengkel pemantapan prosedur operasi standard bahagian Room Division buat julung kalinya bagi menambahbaik prosedur yang sedia ada sejajar dengan trend dan amalan yang terkini dalam industri perhotelan di Malaysia. Bengkel tersebut telah dilaksanakan pada 25 hingga 27 Julai 2023 bertempat di Hotel UiTM Dungun, Terengganu. Sebilangan besar kakitangan Room Division dari kesemua Hotel UiTM telah diminta untuk menyertai bengkel ini yang melibatkan seramai 33 orang peserta. Bengkel ini diilhamkan oleh kesemua pengurus hotel dari 4 buah Hotel UiTM di seluruh Malaysia pada awal 2023 yang lalu bertujuan agar semua operasi standard dapat diseragam dan diselaraskan dengan lebih baik. Perjalanan bengkel ini terbahagi kepada empat segmen yang penting di dalam operasi harian bahagian Room Division iaitu perkhidmatan kaunter hadapan, kaedah penggunaan perisian hotel, prosedur pengemasan bilik dan tatacara perkhidmatan laundri.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Saber, Joesri UNSPECIFIED Abdul Ghani, Mastura UNSPECIFIED Ibrahim, Mohd Zool Fadli UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Ariffin, Hashim Fadzil UNSPECIFIED Chief Editor Mohd Akhir, Irina UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Hotel and Tourism Management |
Journal or Publication Title: | Hot & Tour Newsletter |
ISSN: | 2231-7422 |
Keywords: | Hot & Tour Newsletter, Faculty of Hotel & Tourism Management, UiTM Pulau Pinang |
Date: | November 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87863 |