Abstract
Kampus Puncak Alam (KPA) telah mula dirancang pembukaannya seawal tahun 1996 dengan keluasan 1.085,75 ekardan terletak dalam Mukim Jeram, Kuala Selangor. Dari segi rekabentuk dengan prasarana sekeliling yang begitu kondusifuntuk memastikan program-program akademik yang ditawarkan dapat melahirkan golongan graduan yang membuktikan UiTM adalah setanding dengan universiti ternama di dunia. KPA telah bergabung dengan Kampus Puncak Perdana di bawah satu pentadbiran yang diketuai oleh YBhg. Profesor Dr Azni Zain Ahmed selaku Penolong Naib Canselor yang pertama pada tahun 2009. Pentadbiran kampus ini telah bermula dengan pembukaan Kampus Puncak Alam pada Mei 2009. UiTM Cawangan Selangor (UCS) wujud secara rasmi pada 1 November 2015, selaras dengan pelantikan Rektor pertama iaitu YBhg. Profesor DrZaini Abdullah. Seterusnya mulai 1 Julai 2017, YBhg. Profesor Dato' Dr Abu Bakar Abdul Majeed telah dilantik sebagai Rektor UCS dan pada 1 Mac 2021 tampuk kepimpinan telah diterajui oleh YBhg. Profesor Dr Ahmad Sazali Hamzah.
Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Press, UiTM UNSPECIFIED |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Penerbit UiTM (UiTM Press) |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87635 |