‘Bystander Effect’? / Nur Sofiah Suhaimi

Suhaimi, Nur Sofiah (2022) ‘Bystander Effect’? / Nur Sofiah Suhaimi. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Dimensi nilai dalam sistem kehidupan kita pada hari ini kian berubah. Sikap saling memberi nasihat dan peringatan yang dahulunya menjadi manifestasi keprihatinan dan kasih sayang antara kita, kini ia terkadang disalah tafsir sebagai ruang yang menggugat kesejahteraan ukhuwah sesama kita. Sikap mengajak untuk bersama-sama membuat kebaikan yang tidak diikat dengan sebarang syarat pula sering ditunda dek kerana menanti kesempurnaan diri yang tidak mungkin mampu dicapai oleh kita. Manusia yang tidak lari daripada kelemahan dan kesilapan. Nilai kesediaan, kesegeraan dan kemurahan hati untuk saling membantu tidak lagi dilihat begitu mustahak, malah terkadang ia diganti pula dengan pelbagai persepsi yang dianggap hujah bagi membenarkan 'ketiadaan tindakan' daripada diri buat yang lain. Peralihan sistem kehidupan bermasyarakat (kolektif) kepada bersifat individu (individualistik) bukanlah satu-satunya faktor yang mempengaruhi perubahan dimensi nilai kita pada hari ini. Bahkan, ia juga turut dipengaruhi oleh kesan 'bystander' (bystander effect). Kesan Bystander ini merupakan perbahasan dalam bidang psikologi sosial. Definisi mudah bagi menjelaskan kesan bystander ini adalah ia merujuk kepada sebuah fenomena yang merujuk kepada apabila semakin ramai saksi yang terlibat dalam menyaksikan sesuatu tragedi itu, maka semakin rendah kebarangkalian saksi-saksi tersebut untuk melakukan sesuatu bagi membantu keadaan.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Suhaimi, Nur Sofiah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: ‘Bystander Effect’, nilai, psikologi sosial, kolektif
Date: October 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86829
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 86829.pdf] Text
86829.pdf

Download (1MB)

ID Number

86829

Indexing

Statistic

Statistic details