Abstract
Boleh dikatakan setiap orang pada hari ini pasti memiliki peranti telefon pintar. Bermula daripada kanak-kanak sehinggalah orang dewasa semuanya menggunakan telefon pintar ataupun peranti peranti yang lain seperti tablet, i-pad dan pelbagai jenis peranti lagi yang berfungsi untuk memudahkan urusan harian manusia. Seperti pisau yang digunakan untuk memotong benda dan boleh juga mencederakan manusia, pastinya peranti-peranti yang ada ini memiliki sisi positif dan negatifnya yang tersendiri. Telefon pintar atau peranti-peranti ini telah mengambil alih hampir keseluruhan tugas-tugas peralatan lain. Jika dahulu untuk mengambil gambar kita memerlukan kamera dan filem tetapi kini tidak lagi, cukup dengan telefon pintar yang ada di tangan sudah dapat mengambil gambar, bahkan video dan pelbagai lagi kegunaannya telah menyebabkan manusia pada hari ini sememangnya bergantung sepenuhnya dengan gajet.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Pauzi, Nasif Sidquee UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Gajet, tablet, i-pad, kanak-kanak |
Date: | August 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86792 |