Kepentingan penghayatan adab / Prof Madya Dr. Abdul Halim Ramli

Ramli, Prof Madya Dr. Abdul Halim (2022) Kepentingan penghayatan adab / Prof Madya Dr. Abdul Halim Ramli. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Adab sangat perlu sentiasa dilestarikan dalam kehidupan manusia walaupun apa sekali zamannya. Hal ini kerana, adab adalah asas penting dalam membentuk peradaban manusia. Peradaban manusia akan menuju ke arah kemerosotan sekiranya adab yang yang menjadi asas penting hubungan kemanusiaan dipinggirkan. Adab mempunyai kaitan yang sangat penting kepada faktor pertumbuhan, perkembangan dan kecemerlangan sesebuah peradaban dalam sejarah manusia. Kecemerlangan peradaban Islam pada masa silam bukan hanya terletak kepada kecemerlangan kemajuan ilmu dan kebendaan tetapi yang lebih penting adalah tinggi nilai adab yang dihayati dan diamalkan oleh umat Islam pada masa lalu. Justeru, mereka sentiasa mendahulukan adab terlebih dahulu sebelum mendalami ilmu pengetahuan dan semua kegiatan kehidupan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 86560.pdf]
Text
86560.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics