Abstract
Adab sangat perlu sentiasa dilestarikan dalam kehidupan manusia walaupun apa sekali zamannya. Hal ini kerana, adab adalah asas penting dalam membentuk peradaban manusia. Peradaban manusia akan menuju ke arah kemerosotan sekiranya adab yang yang menjadi asas penting hubungan kemanusiaan dipinggirkan. Adab mempunyai kaitan yang sangat penting kepada faktor pertumbuhan, perkembangan dan kecemerlangan sesebuah peradaban dalam sejarah manusia. Kecemerlangan peradaban Islam pada masa silam bukan hanya terletak kepada kecemerlangan kemajuan ilmu dan kebendaan tetapi yang lebih penting adalah tinggi nilai adab yang dihayati dan diamalkan oleh umat Islam pada masa lalu. Justeru, mereka sentiasa mendahulukan adab terlebih dahulu sebelum mendalami ilmu pengetahuan dan semua kegiatan kehidupan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ramli, Prof Madya Dr. Abdul Halim UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Penghayatan, adab, sejarah, manusia |
Date: | March 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86560 |