Adakah kecemerlangan pelajar ditentukan oleh penguasaan Bahasa Inggeris? satu kajian kes di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Zon Utara (Kampus Sungai Petani, Kampus Bukit Mertajam dan Kampus Arau) / Noor Saliza Zainal, Zulkafli Mohd Yusof and Normala Ismail

Zainal, Noor Saliza and Mohd Yusof, Zulkafli and Ismail, Normala (2003) Adakah kecemerlangan pelajar ditentukan oleh penguasaan Bahasa Inggeris? satu kajian kes di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Zon Utara (Kampus Sungai Petani, Kampus Bukit Mertajam dan Kampus Arau) / Noor Saliza Zainal, Zulkafli Mohd Yusof and Normala Ismail. In: Prosiding Kolokium 2003. Universiti Teknologi MARA, Kedah, pp. 54-66.

Abstract

Kecemerlangan akademik merupakan objektif utama bagi setiap pelajar dan ianya diukur melalui pencapaian keputusan peperiksaan setiap semester. Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggunakan kaedah Himpunan Purata Gred Keseluruhan (HPGK) untuk mengukur prestasi akademik para pelajar dalam pembelajaran. Di samping itu UiTM telah menetapkan Bahasa lnggeris sebagai medium utama bagi seluruh sistem pengajian dan peperiksaan melibatkan semua fakulti dan kursus. Oleh itu prestasi HPGK seseorang pelajar di UiTM akan dipengaruhi oleh faktor bahasa pengantaraan tersebut iaitu Bahasa lnggeris. Kajian ini menguji sama ada jantina, kampus dan program pengajian membezakan pencapaian HPGK pelajar. Selain itu kajian menilai sejauhmana Bahasa lnggeris memberi kesan kepada HPGK seseorang pelajar serta mengenalpasti aspek dalam penguasaan Bahasa lnggeris yang paling dominan mempengaruhi kecemerlangan di kalangan pelajar. Selanjutnya kajian juga mengukur sama ada tahap penggunaan Bahasa lnggeris, sikap, motivasi, pengajian dan cabaran mempengaruhi prestasi akademik pelajar. Hasil kajian mendapati pencapaian HPGK didasari oleh program pengajian. Manakala faktor jantina dan kampus pula tidak dapat membezakan pencapaian tersebut. Seterusnya dapatan kajian menunjukkan hanya aspek ulasan dalam penguasaan Bahasa lnggeris serta motivasi mempengaruhi secara signifikan pencapaian kecemerlangan akademik pelajar di UiTM Zon Utara.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zainal, Noor Saliza
UNSPECIFIED
Mohd Yusof, Zulkafli
UNSPECIFIED
Ismail, Normala
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah
Page Range: pp. 54-66
Keywords: Language, academic, performance
Date: 17 April 2003
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86296
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 86296.pdf] Text
86296.pdf

Download (709kB)

ID Number

86296

Indexing

Statistic

Statistic details