Transkrip temubual bersama Puan Hazimah bt Che Harun pengusaha kuih puteri mandi / Mohd Lukman Mohd Razali and Muhammad Faris Zakaria

Mohd Razali, Mohd Lukman and Zakaria, Muhammad Faris (2018) Transkrip temubual bersama Puan Hazimah bt Che Harun pengusaha kuih puteri mandi / Mohd Lukman Mohd Razali and Muhammad Faris Zakaria. [Oral History] (Submitted)
Abstract

Sejarah lisan adalah satu kaedah di mana kenan-kenangan seseorang tokoh yang dirakamkan secara wawancara. Tokoh-tokoh yang dipilih biasanya terdiri daripada mereka yang dapat menyumbang maklumat bersejarah dari penglibatan dan pengalaman diri mereka sendiri atau oleh kerana perhubungan mereka secara langsung dengan watak, masa atau peristiwa tertentu. Maklumat yang diperolehi dari wawancara tersebut kemudiannya disalin dan salinan itu disemak dan ditaip dan dapat digunakan sebagai bahan pengajaran dan penyelidikan (sejarah lisan, 2017). Makanan tradisional sangat popular dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia yang kaya dengan pelbagai adat dan budaya. Terdapat pelbagai makanan tradisional mengikut kaum di Malaysia. Makanan tradisional terbahagi kepada makanan basah dan makanan kering. Antaranya ialah Nasi Lemak, Tosai dan Yong Tau Foo. Kuihnya pula ialah Dodol, Karipap dan Bahulu. Makanan tradisional ini semkain hari semakin popular hingga ke peringkat antarabangsa. Makanan tradisional boleh diibaratkan seperti tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Terdapat pelbagai usaha dalam memajukan industri makanan tradisional di negera kita.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 85948.pdf]
Text
85948.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics