Abstract
Pembaharuan bandar ialah satu proses membangunkan semula kawasan yang telah usang atau mundur dalam arus pembangunan semasa. Untuk menangani masalah ini, kerjasama di antara para profesional yang berkaitan adalah diperlukan kerana tanya melibatkan pengurusan dan pembangunan semula alam bina bermula dari proses perundangan guna tanah hinggalah ke tahap penyediaan dana, lukisan kerja, kontrak, pembinaan dan seterusnya ke tahap penyelenggaraan projek tersebut. Disertasi ini mengandungi 3 bahagian utama iaitu kajian meja, kajian topikal dan kajian kes. Kajian meja merupakan kajian secara am mengenai proses dan pendekatan yang telah digunakan di negara yang telah mendahulut proses pembaharuan ini. Kajian topikal pula bertujuan untuk mencari contoh - contoh pembaharuan semula bandar. Namun, ada perkara-perkara universal yang ada persamaannya dengan Malaysia. Penemuan-penemuan dalam kajian ini walau puntidak boleh dimanfaatkan secara langsung untuk menghasilkan penyelesaian dalam kajian kes khasnya dan dalam kontek Malaysia amnya, proses penyelesaiannya boleh diadaptasikan. Kajian kes pula meliputi keseluruhan kawasan Kampong Bharu dan berpusat di kawasan tapak Pasar Minggu, Kampong Bharu, Kuala Lumpur, yang dahulunya merupakan satu kawasan pasar minggu yang terkenal bukan sahaja dalam negeri tetapi juga di kalangan pelancong dari luar negara. Pasar minggu yang dahulunya terkenal telah bertukar menjadi usang serta telah jauh ketinggalan oteh arus pembangunan masa kini. Keadaanini harus dttangani dan memertukan pembaharuan semula supaya ianya dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya.
Metadata
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ab. Latif, Muhammad UNSPECIFIED |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GF Human ecology. Anthropogeography > Human settlements N Fine Arts > NA Architecture > Aesthetics of cities. City planning and beautifying |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Bachelor of Landscape Architecture (Hons) |
Keywords: | Pembaharuan bandar, proses, pembangunan |
Date: | 1998 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/8584 |
Download
8584.pdf
Download (21kB)