Abstract
Artikel ini membincangkan kepentingan dan impak Program Keusahawanan Digital yang dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP) UiTM Pahang dengan kerjasama MASMED dan Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP). Program ini menyasarkan wanita daripada golongan B40 di Bandar Pusat Jengka yang menjalankan perniagaan mikro dari rumah. Melalui bimbingan usahawan berjaya seperti Puan Rohani Jab (Pengasas Kopi Anggun), peserta didedahkan kepada kelebihan perniagaan digital seperti jangkauan global, kos permulaan yang minimum, dan fleksibiliti operasi. Inisiatif ini bermatlamat untuk mentransformasikan model perniagaan tradisional kepada digital, sekali gus membolehkan peniaga kecil menembusi pasaran di luar kawasan geografi tempatan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pemerkasaan kemahiran digital merupakan strategi serampang dua mata: meningkatkan daya saing perniagaan abad milenium dan berfungsi sebagai alat mobilisasi sosio-ekonomi untuk membebaskan golongan B40 daripada belenggu kemiskinan.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mustapha, Musramaini musra_08@uitm.edu.my Abd Jabar, Faizan faizan@uitm.edu.my Md Pauzi, Suria Fadhillah suriapauzi@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HC Economic History and Conditions > Poor. Poverty H Social Sciences > HF Commerce > Electronic commerce L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus |
| Journal or Publication Title: | Paradigma Johor: Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development |
| ISSN: | 2682-7824 |
| Number: | 11 |
| Page Range: | pp. 1-5 |
| Keywords: | Keusahawanan digital, Golongan B40, Jengka, UiTM Pahang, MUIP, Pemasaran dalam talian, Transformasi ekonomi |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/85817 |
