Abstract
Temubual ini dijalankan bertujuan untuk memenuhi tugasan khusus bagi subjek Pendokumentasian Sejarah bersama tokoh yang telah dipilih didalam sesuatu bidang yang diceburi. Kajian terhadap penggiat warisan seni budaya masyarakat Kelantan merupakan satu kajian berbentuk saintifik dimana kaedah temuramah tokoh dilaksanakan bagi mengumpul data-data yang diperlukan. Terdapat beberapa skop yang perlu diambil kira dalam menjalankan temuramah bersama tokoh iaitu mengutarakan soalan berdasarkan elemen seperti latar belakang tokoh, kerjaya tokoh, pencapaian dan anugerah tokoh serta pengalaman yang dirasai tokoh itu sendiri. Tokoh yang telah dipilih bagi menjalankan temuramah ialah Encik Abdul Hadi Bin Yusoff iatu seorang penulis, penyair dan penyajak terkenal di negeri Kelantan Darul Naim dimana beliau telah banyak menghasilkan karya daripada pelbagai genre seperti puisi, cerpen, esei, drama (radio dan televisyen), novel dan juga teater. Tokoh ini telah banyak menglibatkan diri dalam pelbagai aktiviti warisan budaya dibawah Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan seperti persembahan teater dan mendeklamasi sajak serta puisi.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zamari, Nur Hasanah 2012727751 Abd Latif, Nurul Affatin 2012507909 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Chik, Nor Kamariah UNSPECIFIED Interviewee Yusoff, Abdul Hadi UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history M Music and Books on Music > ML Literature of music > History and criticism > Folk, national, and ethnic music N Fine Arts > NX Arts in general > Special subjects, characters, persons, religious arts, etc. P Language and Literature > PN Literature (General) > Poetry |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Penyajak, Penyair, Warisan Budaya, Penulis Kelantan |
Date: | July 2014 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/85667 |