Abstract
Artikel ini adalah mengenai seorang usahawan seni kraf tangan kayu iaitu Rohani Md. Piah. Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang industry perusahaan kraf tangan kayu yang diusahakan oleh Puan Rohani Md. Piah. Setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia cawangan Pahang, sejak itulah minat Rohani dalam bidang kraf kayu mula bercambah. Pada peringkat awal, Rohani menggunakan kemahirannya dengan menerima tempahan membuat kerusi dan meja sekolah. Beliau kemudian Berjaya membuka begkel sendiri pada tahun 2001 dengan bantuan mesin dari Kraftangan Malaysia. Rohani Bersama suaminya Mohamad Mat Nor memiliki bengkel yang diberi nama Warisan Craft Wood yang bertempat di Kampung Darat Sangang, Temerloh, Pahang. Pn Rohani dan suaminya juga turut dipilih oleh Kerajaan negeri untuk mempromosikan hasil ukiran congkak sempena pameran kraf tangan di Gedung Harrods, London, United Kingdom pada tahun 2006. Menceburi bidang ukiran bukan perkara yang mudah kerana ia memerlukan minat dan semangat yang tinggi di samping kemahiran. Pengalaman dan kerjaya beliau dapat dijadikan sumber inspirasi kepada semua orang.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Anis Shafika 2018448604 Ariff Hazizan, Nurul Syazrah 2018696024 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abdullah, Nurulannisa UNSPECIFIED Interviewee Md. Piah, Rohani UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Woodwork T Technology > TS Manufactures > Wood-pulp industry. Pulping processes T Technology > TS Manufactures > Wood-pulp |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Seni, kraftangan, usahawan, kraftangan kayu, ukiran |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/85637 |