Transkrip temubual bersama penduduk Kampung Mukim Chaah Segamat Encik Rohmat Sumator, Encik Razali Salleh, Puah Fadilon Abu Bakar tentang: sejarah dan keunikan Mukim Chaah / Abdul Harith Ismail, Nadirah Md Isa, Ummi Fatihah Mohd. Yunus and Nadia Baharin

Ismail, Abdul Harith and Md Isa, Nadirah and Mohd. Yunus, Ummi Fatihah and Baharin, Nadia (2014) Transkrip temubual bersama penduduk Kampung Mukim Chaah Segamat Encik Rohmat Sumator, Encik Razali Salleh, Puah Fadilon Abu Bakar tentang: sejarah dan keunikan Mukim Chaah / Abdul Harith Ismail, Nadirah Md Isa, Ummi Fatihah Mohd. Yunus and Nadia Baharin. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Mukim Chaah merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negara Johor, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Segamat. Chaah adalah pekan paling selatan dalam daerah Segamat, Johor. Walaupun Chaah ini hanya sebuah pekan yang kecil tetapi ianya mempunyai sejarah yang tersendiri selain mempunyai tempat-tempat yang menarik seperti "Darling Walk", padang golf dan juga terkenal Ladang Johor-Labis. Sumber utama bagi penduduk di Chaah ialah ladang kelapa sawit. Kebanyakkan penduduk di sini adalah daripada pekebun, peternak dan peladang. Di Mukim Chaah ini terdapat banyak pekampungan yang menjadi penempatan penduduk seperti Kampung Kangkar, Kampung Jawa, Kampung Melayu, Kampung Kangkar 2, Kampung Baru, Kampung Jawa Baru, Kampung Baru, Taman Chaah Baru, Taman Damai Jaya dan lain-lain. Selain itu, penduduk di Mukim Chaah mempunyai keunikan dari segi kaum dan juga mahir dalam tarian kuda kepang. Kaum wanita di Mukim Chaah mengusahakan industri penyejuk bekuan makanan untuk menyara kehidupan mereka. Industri penyejuk bekuan yang menghasilkan kuih muih baru diperkenalkan di Mukim Chaah dan mendapat sambutan yang amat baik dalam kalangan penduduk di sini. Mukim Chaah menjadi laluan utama dari selatan ke utara bagi laluan kenderaan di Negeri Johor ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 85576.pdf]
Text
85576.pdf
Download (6MB)
Indexing & Metrics