Abstract
Mukim Chaah merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negara Johor, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Segamat. Chaah adalah pekan paling selatan dalam daerah Segamat, Johor. Walaupun Chaah ini hanya sebuah pekan yang kecil tetapi ianya mempunyai sejarah yang tersendiri selain mempunyai tempat-tempat yang menarik seperti "Darling Walk", padang golf dan juga terkenal Ladang Johor-Labis. Sumber utama bagi penduduk di Chaah ialah ladang kelapa sawit. Kebanyakkan penduduk di sini adalah daripada pekebun, peternak dan peladang. Di Mukim Chaah ini terdapat banyak pekampungan yang menjadi penempatan penduduk seperti Kampung Kangkar, Kampung Jawa, Kampung Melayu, Kampung Kangkar 2, Kampung Baru, Kampung Jawa Baru, Kampung Baru, Taman Chaah Baru, Taman Damai Jaya dan lain-lain. Selain itu, penduduk di Mukim Chaah mempunyai keunikan dari segi kaum dan juga mahir dalam tarian kuda kepang. Kaum wanita di Mukim Chaah mengusahakan industri penyejuk bekuan makanan untuk menyara kehidupan mereka. Industri penyejuk bekuan yang menghasilkan kuih muih baru diperkenalkan di Mukim Chaah dan mendapat sambutan yang amat baik dalam kalangan penduduk di sini. Mukim Chaah menjadi laluan utama dari selatan ke utara bagi laluan kenderaan di Negeri Johor ini.
Metadata
Item Type: | Monograph (Oral History Report) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Abdul Harith 2012306287 Md Isa, Nadirah 2012189453 Mohd. Yunus, Ummi Fatihah 2012598675 Baharin, Nadia 2012148267 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Ishak, Mohd Zul Azmi UNSPECIFIED Interviewee Sumator, Rohmat UNSPECIFIED Interviewee Salleh, Razali UNSPECIFIED Interviewee Abu Bakar, Fadilon UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Mukim Chaah, tarian kuda kepang, industri penyejuk bekuan |
Date: | 2014 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/85576 |