Abstract
Temubual ini adalah antara tokoh dan pelajar. Temubual ini dilakukan bersama Encik Ghazali bin Mamat iaitu Pengurus Syarikat Ghazali Perabut Sdn. Bhd. untuk mengetahui tentang kerjaya beliau dalam mengurus Syarikat Ghazali Perabut. Temubual ini telah dijalankan di Pejabat Urusan Syarikat Ghazali Perabut. Tarikh temubual tersebut adalah pada 27 Mei 2015 bermula pada jam 11.00 pagi hingga 12.30 petang. Encik Ghazali bin Mamat adalah pengurus besar syarikat Ghazali Perabut yang bertempat di Kampung Tunjong, Kota Bharu. Encik Ghazali bin Mamat dilahirkan pada 25 Oktober 1958 di Kampung Bunut Payong. Encik Ghazali bin Mamat mula berniaga dalam bidang perabut seawal tahun 1977 bersama dengan abang beliau di Kampung Bunut Payong. Setelah berkembang pesat, beliau telah membuka cawangan baru hasil daripada penat lelah beliau pada tahun 2003 yang diberi nama Syarikat Ghazali Perabut Sdn. Bhd. Beliau seorang yang berdisiplin dan berdikari dalam mengurus syarikat Ghazali Perabut. Beliau juga seorang bapa yang penyanyang kepada 3 orang cahaya mata beliau yang kini berkhidmat bersama-sama dengan beliau. Pelbagai ujian dan cabaran telah dihadapi oleh Encik Ghazali bin Mamat semasa beliau mengurus syarikat besar itu. Sejarah kehidupan dan kerjaya beliau dapat dijadikan sumber inspirasi kepada semua orang.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Alias, Mohamad Yazid 2013727899 Che Malek, Muhamad Amar Fariz 2013176341 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abdullah, Nurulannisa UNSPECIFIED Interviewee Mamat, Ghazali UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Small business. Medium-sized business H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Manufacturing industries > Furniture industry and trade |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Encik Ghazali bin Mamat, Syarikat Ghazali Perabut Sdn. Bhd., tarikh temubual, pengurus syarikat. |
Date: | July 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/85455 |