Abstract
Temubual ini adalah antara seorang tokoh batik dan pelajar berkenaan sejarah lisan berkaitan tajuk warisan. Batik merupakan salah satu jenis kain yang dihasilkan menggunakan proses menerap lilin cair dan mencelup warna. Kajian yang dilaksanakan ini menceritakan tentang latar belakang dan sejarah hidup seorang tokoh batik di negeri Kelantan iaitu Encik Mohamad Sanusi bin Mohamed. Beliau merupakan pengusaha batik bagi syarikat beliau sendiri iaitu SNS Batek di Kampung Kor, Kota Bharu, Kelantan. Pengenalan mengenai bidang yang diceburi tokoh dibincangkan dalam satu sesi temubual. Tujuan kajian lisan ini dijalankan bagi mendokumentasikan kisah hidup dan pengalaman seorang tokoh pencanting batik, pencapaian dan pendapat beliau tentang seni warisan batik pada zaman moden ini. Kajian ini dijalankan dengan mengunakan kaedah temubual secara atas talian melalui patform "Google Meet" dan pelbagai soalan telah diajukan berkaitan tajuk kepada tokoh. Secara kasarnya, bidang penghasilan batik ini kian dilupakan oleh masyarakat yang lebih menyukai fesyen terkini dan moden. Masalah ini berlaku apabila kurangnya kesedaran tentang seni batik dalam kalangan masyarakat. Justeru itu, temubual ini akan merungkai pelbagai faktor yang menyebabkan batik ini sangat bernilai dan bagaiman ia mula dilupakan.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zuhari, Lukman Hakim 2019627696 Razali, Muhammad Zulhilmi 2019423342 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abdullah, Nurulannisa UNSPECIFIED Interviewee Mohammad, Mohammad Sanusi UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Textile arts and art needlework > Batik N Fine Arts > NX Arts in general > Special subjects, characters, persons, religious arts, etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Batik, menerap lilin, mencelup wama, moden, seni |
Date: | February 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/85443 |