Abstract
Temubual ini dilak:ukan antara tokoh Encik Fauzi bin Yusuf dengan pelajar iaitu Aisyah Aiyani binti Shahruddin dan Nur fatin Ellisya binti Mohd Fauzi bagi memenuhi tugasan subjek IMR604 iaitu Pendok:umentasian Sejarah Lisan. Beliau merupakan seorang Tokoh Pertukangan Besi. Sejarah lisan adalah satu kaedah yang penting dalam merakam peristiwa lampau yang pernah ditempuhi oleh seseorang. Melalui sejarah lisan ini, rekodrekod sejarah berkenaan sesuatu peristiwa atau jalan cerita dapat dilengkapkan kerana sebahagian maklumat masih tersimpan di dalam memori individu yang terlibat. Sejarah lisan ini dapat dilakukan melalui kaedah temubual. Temubual yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk mengetahui bagaimana seni warisan pertukangan besi ini diperjuangkan dan dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi akan datang. Bagi melancarkan proses temubual ini, satu lembaran soalan telah disediakan untuk diajukan kepada tokoh yang terlibat. Lembaran soalan ini merangk:umi beberapa bahagian penting termasuk latar belakang tokoh, pendidikan, kerjaya, pengalaman dan juga pencapaian atau anugerah yang pernah diterima oleh tokoh itu sendiri. Nasihat dan pandangan tokoh juga turut ditanyakan dalam sesi temubual tersebut. Kajian sejarah lisan ini diharapkan dapat membantu orang ramai untuk lebih mengetahui lebih lanjut mengenai bidang pembuatan besi yang juga merupakan salah satu warisan negara kita.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Shahruddin, Aisyah Ayani 2019678748 Mohd. Fauzi, Nur Fatin Ellisya 2019231002 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Chik, Nor Kamariah UNSPECIFIED Interviewee Yusuff, Fauzi UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > L Education (General) N Fine Arts > NK Decorative arts Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Library education. Training > In-service training |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Sejarah lisan, temubual, tokoh, pertukangan besi, warisan |
Date: | February 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/85349 |