Abstract
Seperti yang kita semua tahu Perpustakaan Tun Abdul Razak yang bertempat di UiTM Shah Alam adalah satu pusat gedung ilmu di mana ianya bukan sahaja menjadi tumpuan pelajar UiTM untuk mencari bahan dan sesuatu maklumat malah turut menjadi tumpuan pelajar dari pusat pengajian tinggi yang lain. Sebagai sebuah pusat pencarian maklumat PTAR tidak lari dari menghadapi berbagai permasalahan dalam sistem pencarian maklumat bahan terkini. Masalah semakin berlarutan disebabkan keadaan pelajar yang semakin lama semakin bertambah. Untuk merealisasikan objektif PTAR sebagai pusat maklumat yang cemerlang dari segi aspek perkhidmatan dan kepelbagaian koleksi yang mantap, PTAR sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan serta kemahiran maklumat dikalangan kakitangannya. Masalah keadaan pengguna sukar mencari buku di rak amat merunsingkan pihak PTAR, kerana ianya berlaku setiap hari dan setiap masa. Keadaan ini boleh menyebabkan kesukaran pelajar dan pengguna perpustakaan sukar untuk mendapatkan bahan atau rujukan tersebut walaupun didalam sistem OPAC dan WEB-OPAC telah terpapar jelas di mana kedudukan sesuatu bahan itu ditempatkan. Sistem OPAC dan WEB-OPAC dikatakan kurang tepat dan mengelirukan. Suasana ini jika tidak dibendung mulai sekarang boleh mengakibatkan system pembelajaran pelajar terganggu. Untuk menyelesaikan fenomena seperti ini dari menjadi semakin teruk, PTAR mengambil keputusan untuk mewujudkan satu badan khas di mana ianya diwakili oleh kakitangan dari PTAR sendiri. Kumpulan MAYA telah diwujudkan dan melalui aplikasi KMK iaitu falsafah, pendekatan dan kaedah yang lebih berkesan telah digunakan untuk meningkatkan kualiti mutu pengurusan serta perkhidmatan PTAR agar menjadi satu pusat pencarian bahan maklumat yang berwibawa dan sentiasa peka atas permasalahan yang melanda pengguna perpustakaan.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Other) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. PTAR, Kumpulan Maya UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Team Member Mohamad, Ahmad Amiri UNSPECIFIED Team Member Sarif, Sakmah UNSPECIFIED Team Member Mohd Nor, Mohd Zulfarith UNSPECIFIED Team Member Yahaya, Badle Shah UNSPECIFIED Team Member Ahmad, Imran UNSPECIFIED Team Member Md Said, Marlia Hanie UNSPECIFIED Team Member Mohd Yusoff, Norsafarina UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
Event Title: | Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja UiTM ke-10 Tahun 2005 |
Event Dates: | 16-18 Ogos 2005 |
Page Range: | pp. 1-59 |
Keywords: | Buku, rak PTAR, OPAC |
Date: | 2005 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/85246 |
Download
85246.pdf
Download (3MB)
85246.pdf
Download (40MB)