Peranan syura dalam pengurusan islam kajian terhadap ahli syura bukan islam sebagai pemimpin / Nur Alia Umairah Omar, Nor Aliya Aunie Mohd Noor and Che Nur Athirah Che Deris

Omar, Nur Alia Umairah and Mohd Noor, Nor Aliya Aunie and Che Deris, Che Nur Athirah (2021) Peranan syura dalam pengurusan islam kajian terhadap ahli syura bukan islam sebagai pemimpin / Nur Alia Umairah Omar, Nor Aliya Aunie Mohd Noor and Che Nur Athirah Che Deris. [Student Project] (Submitted)
Abstract

Menurut (Bakry, 2018) definisi syura dari segi bahasa ialah memperlihatkan atau menunjukkan sesuatu atau mengambil sesuatu, manakala dari perspektif istilah pula terdapat beberapa ulama telah memberi definisi syura, antaranya ialah al-Raghib al Asfahani menyatakan bahawa syura adalah proses menyuarakan idea dengan saling merujuk antara ahli syura. Selain itu, Ibnu al-'Arabi al-Maliki mentakrifkan syura sebagai berkumpul untuk meminta idea (dalam suatu isu) iaitu ahli syura saling bertukar idea yang diperolehi. Firman Allah yang menyebut tentang perkara yang perlu dimusyawarahkan/syura:
"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya." (Surah Ali Imran: 159)
Menurut (Muttaqin, 2019), ayat "wa syaawir hum fil amri" menunjukkan bahawa maksud syura secara umumnya adalah menyelesaikan sesuatu isu atau masalah. Namun begitu, syura terbatas hanya kepada isu yang tidak disertai dalil yang kukuh. Sekiranya perkara tersebut disertai dalil serta hukum yang jelas, maka syura tidak diperlukan dalam kes ini.
Kesimpulannya, menurut (Muttaqin, 2019) juga syura adalah suatu proses yang menunjukkan pelbagai idea yang berbeza yang turut disertai perbalahan idea dalam suatu isu agar mendorong kepada jalan penyelesaian yang terbaik untuk digunakan sehingga objektif yang diinginkan tercapai.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 83679.pdf]
Text
83679.pdf
Download (208kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics