Langkah-langkah mengatasi gejala rasuah dalam pengurusan kontraktor-kontraktor / Nor Airin Najwa Azman …[et al.]

Azman, Nor Airin Najwa and Mohd Zulkifli, Nur Aina Atiqah and Husni, Nurin Syawalina and Aizul Azlan, Sarah Damia (2021) Langkah-langkah mengatasi gejala rasuah dalam pengurusan kontraktor-kontraktor / Nor Airin Najwa Azman …[et al.]. [Student Project] (Submitted)

Abstract

Budaya rasuah boleh diumpamakan seperti barah (Md Zyadi, Sanep & Mohd Hafiz, 2008) yang boleh menjatuhkan sesebuah bangsa dan negara. Pembangunan dan kejayaan negara sudah tentunya bergantung pada sikap dan moral yang diamalkan oleh setiap pengurusan, pentadbiran dan rakyat secara keseluruhannya untuk melaksanakan tugas dengan rasa tanggungjawab, bersih dan beramanah. Syed Hussein Al-Attas (1995) menyatakan bahawa rasuah boleh dirujuk sebagai penyalahgunaan kepercayaan untuk kepentingan peribadi. Rasuah juga boleh diertikan sebagai suatu pengkhianatan terhadap kepercayaan sama ada melibatkan pemerintah, lembaga swasta ataupun masyarakat umum (Syed Hussein Al-Attas, 1995).
Umumnya, rasuah boleh ditafsirkan sebagai pemberian atau penerimaan wang sogokan, komisen, pelincir, duit kopi, ang pow, kau tim, atau under table money (SPRM, 2017) manakala dari sudut undang-undang pula, definisi rasuah tidak dinyatakan secara khusus tetapi hanya dinyatakan sebagai takrif suapan (SPRM, 2017). Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694), terdapat empat kesalahan rasuah utama (Portal Rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, 2009), iaitu meminta atau menerima rasuah (seksyen 16 & 17 (a) Akta SPRM 2009), menawar atau memberi suapan (seksyen 17(b) Akta SPRM 2009), mengemukakan tuntutan palsu (seksyen 18 Akta SPRM 2009, dan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan pegawai badan awam (seksyen 23 Akta SPRM 2009).

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Azman, Nor Airin Najwa
2021111319
Mohd Zulkifli, Nur Aina Atiqah
2021107317
Husni, Nurin Syawalina
2021110097
Aizul Azlan, Sarah Damia
2021123063
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Mat Zin, Dr. Mohd Nazri
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Risk management. Risk in industry. Operational risk
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > Commercial crimes. Financial crimes. White collar crimes
T Technology > TH Building construction > Contractors
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Business and Management
Programme: Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat
Keywords: Rasuah, SPRM, Islam, Pengurusan, Pemerintah dan Negara
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83669
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 83669.pdf] Text
83669.pdf

Download (215kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

83669

Indexing

Statistic

Statistic details