Go FalQuizzi: permainan interaktif pengusaan terminologi / Noor Syahidah Mohamad Akhir and Syaimak Ismail

Mohamad Akhir, Noor Syahidah and Ismail, Syaimak (2023) Go FalQuizzi: permainan interaktif pengusaan terminologi / Noor Syahidah Mohamad Akhir and Syaimak Ismail. In: International Teaching Aid Competition 2023. Universiti Teknologi MARA, Kedah, pp. 240-248. ISBN 9789672948513
Abstract

Falsafah dan Isu Semasa (FIS) merupakan kursus Mata Pelajaran Umum (MPU) yang wajib diambil oleh setiap pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Kursus ini mampu meningkatkan kemahiran pemikiran kritis dan kreatif pelajar. Namun majoriti pelajar menyatakan bahawa kursus ini sukar untuk difahami dan dikuasai. Salah satu cabaran awal yang dikenalpasti adalah tahap penguasaan dan kefahaman istilah-istilah atau terminologi berkaitan ilmu falsafah. Projek Go FalQuizzi adalah solusi untuk meningkatkan penguasaan pelajar terhadap istilah-istilah dalam ilmu falsafah. Novelti projek ini adalah integrasi dua kaedah permainan iaitu jasmani (permainan dalam kelas) dan teknologi (permainan dalam talian) untuk penguasaan istilah pelajar secara berganda. Projek Go FalQuizzi memberi manfaat dalam membantu pelajar menguasai istilah-istilah dalam ilmu falsafah. Ia tidak memerlukan sebarang kos, namun memberi impak yang besar kepada pelajar. Projek ini berpotensi untuk menghasilkan produk lain seperti permainan terminologi digital atau ensiklopedia termonologi digital untuk produk akan datang. Tema “Reconnoitering Innovative Ideas in Postnormal Times” seiring dengan projek Go FalQuizzi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 83387.pdf]
Text
83387.pdf
Download (10MB)
Indexing & Metrics