Abstract
Falsafah dan Isu Semasa (FIS) merupakan kursus Mata Pelajaran Umum (MPU) yang wajib diambil oleh setiap pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Kursus ini mampu meningkatkan kemahiran pemikiran kritis dan kreatif pelajar. Namun majoriti pelajar menyatakan bahawa kursus ini sukar untuk difahami dan dikuasai. Salah satu cabaran awal yang dikenalpasti adalah tahap penguasaan dan kefahaman istilah-istilah atau terminologi berkaitan ilmu falsafah. Projek Go FalQuizzi adalah solusi untuk meningkatkan penguasaan pelajar terhadap istilah-istilah dalam ilmu falsafah. Novelti projek ini adalah integrasi dua kaedah permainan iaitu jasmani (permainan dalam kelas) dan teknologi (permainan dalam talian) untuk penguasaan istilah pelajar secara berganda. Projek Go FalQuizzi memberi manfaat dalam membantu pelajar menguasai istilah-istilah dalam ilmu falsafah. Ia tidak memerlukan sebarang kos, namun memberi impak yang besar kepada pelajar. Projek ini berpotensi untuk menghasilkan produk lain seperti permainan terminologi digital atau ensiklopedia termonologi digital untuk produk akan datang. Tema “Reconnoitering Innovative Ideas in Postnormal Times” seiring dengan projek Go FalQuizzi.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Akhir, Noor Syahidah noorsyahidah9177@uitm.edu.my Ismail, Syaimak syaimak@uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability L Education > LB Theory and practice of education > Educational productivity |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah |
Page Range: | pp. 240-248 |
Keywords: | Falsafah dan isu semasa, terminologi, istilah, pendidikan, mata pelajaran umum |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83387 |