Abstract
Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berjalan lancar akan lahir apabila seorang guru menyatakan kesediaan untuk menyediakan perancangan yang rapi. Selain itu, kandungan terhadap bidang pengetahuan yang disampai juga sangat penting untuk dikuasai oleh guru disamping persediaan teknikal seperti penggunaan Bahan bantu Mengajar (BBM). Namun persoalannya ialah di manakah tahap persediaan guru terhadap kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran? Oleh itu, artikel ini cuba menghuraikan gambaran tentang persediaan guru terhadap proses PdP. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti jenis sumber yang digunakan oleh Guru Pendidikan Islam (GPI) di Sekolah Bestari dalam mendapatkan BBM. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan instrumen temu bual, pemerhatian, analisis dokumen, dan nota lapangan dalam mendapatkan data. Kajian dilakukan secara temubual terhadap GPI, penyelia GPI, dan dua orang pelajar di bawah seliaan GPI. Pemerhatian turut dibuat terhadap PdP GPI manakala analisis dokumen yang berkaitan diperolehi daripada GPI, pelajar di bawah seliaan GPI, dan sekolah. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga jenis sumber yang mencapai tahap pola telah menjadi rujukan GPI dalam penggunaan BBM iaitu guru, internet, dan rakan guru. Manakala terdapat satu jenis sumber yang tidak mencapai tahap pola iaitu pengalaman semasa belajar. Keseluruhan dapatan tersebut pada hakikatnya menjadi sumber pengetahuan kepada GPI sebagai persediaan untuk menggunakan BBM. Dapatan ini juga sesuai dijadikan rujukan kepada para pendidik yang berusaha menghasilkan BBM walaupun dalam keadaan sumber yang terhad. Pelajar dalam bidang pendidikan turut tidak terlepas untuk menjadikan dapatan kajian ini sebagai panduan sebagai persediaan sebelum menempuh kerjaya sebagai seorang pendidik.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ilias, Mohd Faeez faeez@kuis.edu.my Husain, Kalthom UNSPECIFIED Mohd Noh, Mohd Amin UNSPECIFIED Rashed, Zetty Nurzuliana UNSPECIFIED Abdullah, Murihah UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Teacher-student relationships. Culturally relevant pedagogy L Education > LC Special aspects of education > Islamic education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Terengganu |
Journal or Publication Title: | e-Academia Journal |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > e-Academia Journal (e-AJ) |
ISSN: | 2289 - 6589 |
Volume: | 5 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 106-114 |
Keywords: | Internet; Pengalaman Mengajar; Guru Pendidikan Islam; Persediaan Mengajar |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83227 |