Pengaruh lavender di dalam komunikasi sosial dan kandungan sebatian kimia semulajadi / Amizan Othman, Hannis Fadzillah Mohsin and Ibtisam Abdul Wahab

Othman, Amizan and Mohsin, Hannis Fadzillah and Abdul Wahab, Ibtisam (2016) Pengaruh lavender di dalam komunikasi sosial dan kandungan sebatian kimia semulajadi / Amizan Othman, Hannis Fadzillah Mohsin and Ibtisam Abdul Wahab. e-Academia Journal, 5 (2). pp. 39-47. ISSN 2289 - 6589

Abstract

Perkataan “lavender” terpilih sebagai satu jenama bertujuan komersial, bagi label bakeri tempatan, pusat spa dan lokasi kunjungan pelancongan Cameron Highland. Bahan lavender luar negara juga boleh diperolehi di toko kecantikan Malaysia dan turut dijadikan produk kecantikan. Pengetahuan mengenai aspek botanikal untuk tumbuhan lavender ini (genus: Lavandula), boleh didapati melalui media massa, buku elektronik dan jurnal saintifik yang khusus. Dari kajian literatur, penggunaan tradisional lavender boleh dilihat dalam lapangan kulinari, kosmetik, agen aromaterapi, sebagai pokok hiasan taman dan juga bahan utama di dalam industri kraftangan. Di samping itu, peranan lavender di dalam bidang perubatan, turut dikaji untuk merawat penyakit emosi. Ekstrak lavender boleh membantu pesakit dengan mengurangkan tekanan, mengelakkan tangisan berpanjangan, serta membantu bayi untuk tidur. Ciri-ciri farmakologikal lavender termasuklah sebagai antibakteria, antiparasit dan antioksidan. Bunga lavender juga diselidik secara fitokimia dan didapati mengandungi pelbagai minyak pati. Komposisi wangiannya diekstrak dan dianalisa. Melalui teknologi terkini, kaedah penyulingan stim yang dipercepatkan dengan gelombang mikro telah dilaporkan sebagai satu teknik yang mesra alam, untuk menghasilkan minyak pati lavender ini. Pengekstrakan dengan bantuan ultra bunyi juga dicadangkan sebagai teknik yang mampu menawarkan amaun signifikan untuk sebatian semulajadi lavender, iaitu terpenoid. Dengan aplikasi termaju, seperti mikro pengekstrakan fasa pepejal dan pengekestrakan superkritikal cecair karbon dioksida, lebih banyak penyelidikan boleh dilakukan ke atas pokok lavender ini. Sebatian kimia seperti monoterpen ringkas (termasuklah linalil asetat, linalool, kamfor, sineol) dan juga triterpen, boleh diasingkan dari sampel lavender. Kajian lavender serta kesannya terhadap komunikasi, perhubungan dan perilaku manusia, serta kaitannya dengan kandungan aktif lavender, wajar mendapat perhatian penyelidik dewasa kini.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Othman, Amizan
UNSPECIFIED
Mohsin, Hannis Fadzillah
UNSPECIFIED
Abdul Wahab, Ibtisam
ibtisam@uitm.edu.my
Subjects: R Medicine > RM Therapeutics. Pharmacology > Physical medicine. Physical therapy. Including massage, exercise, occupational therapy, hydrotherapy, phototherapy, radiotherapy, thermotherapy, electrotherapy
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Terengganu
Journal or Publication Title: e-Academia Journal
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > e-Academia Journal (e-AJ)
ISSN: 2289 - 6589
Volume: 5
Number: 2
Page Range: pp. 39-47
Keywords: Fitokimia; Kesihatan; Komunikasi; Lavender; Teknologi
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83214
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 83214.pdf] Text
83214.pdf

Download (363kB)

ID Number

83214

Indexing

Statistic

Statistic details