Abstract
Transkrip ini mengandungi rakaman temubual mengenai sejarah lisan sejarah pembukaan Kampung Tebing Tinggi yang terletak di Pekan Jementah, Daerah Segamat. Tokoh yang ditemubual adalah bernama YM Raja Hassan Bin Raja Atan. Beliau merupakan seorang pengkisah sejarah lisan bagi Kampung Tebing Tinggi. Beliau telah berkongsi tentang sejarah pembukaan Kampung Tebing Tinggi yang mempunyai pelbagai kisah, tauladan dan juga pengajaran. Pendokumentasian daripada sesi temubual ini akan membantu dalam merungkai sejarah bagaimana wujudnya kampung yang bernama Tebing Tinggi di Daerah Segamat. Soalan-soalan yang disediakan terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian yang pertama soalan mengenai latar belakang kampung dan bahagian kedua merupakan soalan tentang ancaman Komunis di Kampung Tebing Tinggi. Semua soalan yang ditanyakan adalah berkaitan dengan kajian sejarah lisan pembukaan Kampung Tebing Tinggi dan tokoh itu sendiri. Sesi temubual dijalankan selama 40 minit pada tarikh 8 Julai 2023 bertempat di beranda rumah YM Raja Hassan. Melalui sejarah lisan ini, diharapkan agar masyarakat Malaysia terutama dalam golongan muda dan generasi akan datang dapat mengenali asal usul pembukaan Kampung Tebing Tinggi supaya tidak dilupakan oleh generasi terkini.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Razali, Muhammad Khusairie (2022794025 Danial Aliff Najmi, Danial Aliff 2022786353 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Interviewee Raja Atan, Raja Hassan UNSPECIFIED Thesis advisor Abdul Jamil@Kamarudzzaman, Azura UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Kampung Tebing Tinggi, Segamat, Sejarah lisan |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82990 |