Pengajaran pensyarah yang berkesan / Normala Ismail and Mohamad Kamil Ariff Khalid

Ismail, Normala and Khalid, Mohamad Kamil Ariff (2012) Pengajaran pensyarah yang berkesan / Normala Ismail and Mohamad Kamil Ariff Khalid. e-Academia Journal, 1 (2). pp. 40-48. ISSN 2289 - 6589

Abstract

Objektif utama kajian ini adalah untuk meninjau persepsi pelajar terhadap ciri-ciri pengajaran pensyarah Ekonomi yang berkesan. Kajian ini merupakan satu kajian lapangan berdasarkan kajian rentas. Sampel kajian terdiri daripada dua ratus lapan puluh sembilan orang pelajar pelbagai bahagian dan program pengajian dari salah sebuah universiti awam tempatan. Data dikutip dengan mengedarkan borang soal selidik setelah memperoleh kebenaran daripada pihak pengurusan universiti. Data dari kajian ini diproses dan dianalisis berasaskan pakej IBM Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Statistics 20. Hasil analisis varians menunjukkan persepsi pelajar terhadap pengajaran pensyarah Ekonomi di universiti terbabit tidak dipengaruhi oleh kehadiran pelajar ke kuliah, sama ada pelajar mempunyai asas dalam Kursus Ekonomi, minat dan program pengajian. Sebaliknya, ia adalah berdasarkan jantina, Kursus Ekonomi yang diambil, kategori pelajar dan bahagian pengajian. Kajian juga mendapati terdapat empat faktor yang mempengaruhi persepsi pelajar terhadap pengajaran pensyarah, iaitu sikap dan sahsiah pensyarah, personaliti pensyarah, hubungan pensyarah dengan pelajar dan pensyarah dalam pengajaran. Kajian turut menyarankan agar setiap pensyarah dapat menguasai isi kandungan pelajaran dengan baik di samping mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai isi pelajaran supaya mereka lebih berkeyakinan dan dapat menyampaikan pengajaran dengan baik.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ismail, Normala
nmala391@uitm.edu.my
Khalid, Mohamad Kamil Ariff
kamildk@uitm.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice)
L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Faculty of Business and Management
Journal or Publication Title: e-Academia Journal
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > e-Academia Journal (e-AJ)
ISSN: 2289 - 6589
Volume: 1
Number: 2
Page Range: pp. 40-48
Keywords: Pengajaran berkesan, sikap dan sahsiah pensyarah, personaliti pensyarah, hubungan pensyarah dengan pelajar dan pensyarah dalam pengajaran
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82712
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 82712.pdf] Text
82712.pdf

Download (180kB)

ID Number

82712

Indexing

Statistic

Statistic details