Abstract
Tren berubah mengikut zaman dan pada masa sekarang setiap individu dan juga perniagaan perlu berubah supaya boleh mengadaptasi dengan teknologi terkini yang sememangnya sudah tersedia. Setiap perniagaan perlu berubah menggunakan teknologi yang bersesuaian dengan industri masing-masing supaya menjadi lebih efisyen dan baik serta membolehkan perniagaan berkembang lebih pesat. Jika perniagaan tidak menggunakan teknologi mengikut keperluan yang diperlukan dalam industri perniagaan, ia akan mengalami atau berdepan dengan kegagalan atau pengecilan pasaran dan akhirnya tidak mampu bersaing dalam industri yang diceburi. Setiap perniagaan perlu tahu inovasi teknologi yang terlibat dalam industri masing-masing. Selain untuk berada dalam pasaran lebih lama dan meningkatkan produktiviti ia juga perlu memastikan kepuasan hati pelanggan dengan apa yang ditawarkan.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Tengku Sulaiman, Tengku Sharifeleani Ratul Maknu UNSPECIFIED Md Akhir, Norhaniza UNSPECIFIED Mohd lsnani, Zaidatulhusna UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | ASPIRASI FPP |
ISSN: | 2735-0525 |
Keywords: | Teknologi, tren, kerjaya, produktiviti |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82478 |