Art and community: penggunaan aktiviti origami dalam meningkatkan kemahiran tulisan tangan di kalangan kanak-kanak berkeperluan khas bermasalah pembelajaran / Rosilah Wahab dan Mohd Hanafi Mohd Yasin

Wahab, Rosilah and Mohd Yasin, Mohd Hanafi (2022) Art and community: penggunaan aktiviti origami dalam meningkatkan kemahiran tulisan tangan di kalangan kanak-kanak berkeperluan khas bermasalah pembelajaran / Rosilah Wahab dan Mohd Hanafi Mohd Yasin. In: ARTe: Art & Expression, October 2022, October.
Abstract

Keupayaan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam subjek-subjek yang diajar oleh guru-guru. Masalah mekanisma kemahiran tulisan tangan merupakan satu daripada ciri-ciri yang biasa dilihat pada Kanak-Kanak Berkeperluan khas Bermasalah Pembelajaran (KKBKBP). Justeru itu, kemahiran tulisan tangan di kalangan kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran merupakan satu isu yang perlu dititikberatkan kerana ianya boleh membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Tujuan kajian ini adalah mengetahui keberkesanan aktiviti origami dalam meningkatkan kemahiran tulisan tangan di KKBKBP. Bagi kajian ini, seramai 40 orang responden dipilih berdasarkan keputusan Penilaian Penulisan Tangan Minnesota (PPTM) yang memperoleh keputusan ‘terkebawah rakan sebaya’. Hasil kajian ini mendapati bahawa aktiviti origami ini mempunyai peningkatan tulisan tangan yang signifikan. Konklusinya, aktiviti origami dapat membantu meningkatkan kemahiran tulisan tangan KKBKBP.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 82402.pdf]
Text
82402.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics