Penilaian pembelajaran al-Quran kaedah iqra’ dan kaedah Baghdadiah kelas al-Quran dan fardhu ain (KAFA) di bahagian Betong, Sarawak / Hafizul Rasdi

Rasdi, Hafizul (2020) Penilaian pembelajaran al-Quran kaedah iqra’ dan kaedah Baghdadiah kelas al-Quran dan fardhu ain (KAFA) di bahagian Betong, Sarawak / Hafizul Rasdi. PhD thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Pembelajaran al-Quran kaedah Baghdadiah mula dipraktikkan di Malaysia seawal kedatangan Islam ke tanah Melayu. Kaedah ini dilaksanakan di sekolah rendah sebelum bermulanya penggunaan kedah Iqra’ secara rasmi. Pembelajaran al-Quran menggunakan kaedah Iqra’ dalam kelas KAFA mula dipraktikkan pada tahun 2007 dan masih digunakan sehingga kini. Namun, permasalahan yang timbul adalah masih terdapat banyak kelemahan dalam pembacaan al-Quran di kalangan pelajar khususnya di sekolah rendah. Berdasarkan kajian-kajian terdahulu membuktikan masih terdapat di kalangan pelajar yang memerlukan penambahbaikan berterusan demi kelangsungan pendidikan al-Quran. Sehubungan itu kajian ini bertujuan untuk mengkaji perbezaan pembelajaran al-Quran kaedah Iqra’ dan kaedah Baghdadiah, menganalisis perbezaan hasil pencapaian pelajar dan mengemukakan cadangan kaedah yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pembelajaran al-Quran sistem pendidikan KAFA di bahagian Betong, Sarawak. Metodologi yang digunapakai adalah kajian eksperimen yang dijalankan selama enam bulan terhadap dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Penilaian dibuat menggunakan model Kirkpatrick (1996) melalui tahap reaksi, pembelajaran, perubahan dan keputusan. Pencapaian pelajar diukur berdasarkan 6 sub skala dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca iaitu keupayaan menyebut huruf hijā`iyyah, keupayaan menyebut huruf berbaris, keupayaan membaca huruf tanwin, keupayaan membaca kalimah pendek, keupayaan membaca ayat al-Quran dan keupayaan membaca ayat al-Quran secara bertajwid. Hipotesis dibina untuk melihat adakah wujud perbezaan yang signifikan terhadap pembelajaran menggunakan kedua-dua kaedah. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam penggunaan kedua-dua kaedah pada 4 tahap penilaian (reaksi, pembelajaran, perubahan dan keputusan). Untuk 6 sub skala yang diukur pula, perbezaan yang signifikan hanya terdapat pada keupayaan menyebut huruf hijā`iyyah dan keupayaan membaca ayat al-Quran, manakala 4 sub skala yang lain tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Data-data yang diperolehi daripada pemerhatian dan fokus perbincangan kumpulan turut membantu menyokong data-data kuantitatif. Dari segi implikasinya, dapatan menunjukkan bahawa pembelajaran menggunakan kaedah Baghdadiah mempunyai kelebihan untuk dilaksanakan dalam sistem pendidikan KAFA masa kini di Bahagian Betong berbanding pembelajaran menggunakan kaedah Iqra’. Impak daripada penggunaan kaedah Baghdadiah dalam pembelajaran al-Quran kelas KAFA memberikan hasil yang amat baik berbanding pembelajaran menggunakan kaedah Iqra’ dari segi pencapaian pelajar.

Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Rasdi, Hafizul
2013779737
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Abdul Kadir, Abdul Razak
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Ismail, Huzaimah
UNSPECIFIED
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Doktor Falsafah (Pengajian Islam Kontemporari)-IC990
Keywords: al-quran, fardhu ain, iqra’
Date: 2020
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82396
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 82396.pdf] Text
82396.pdf

Download (534kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

82396

Indexing

Statistic

Statistic details