Penguasaan Suku Kata Tertutup (SKT) tulisan jawi dalam kalangan murid tahun tiga / Azman Che Mat, Siti Athirah Mohd Anwar and Azarudin Awang

Che Mat, Azman and Mohd Anwar, Siti Athirah and Awang, Azarudin (2021) Penguasaan Suku Kata Tertutup (SKT) tulisan jawi dalam kalangan murid tahun tiga / Azman Che Mat, Siti Athirah Mohd Anwar and Azarudin Awang. Borneo Akademika, 5 (2). pp. 33-46.

Abstract

Tulisan Jawi merupakan tulisan yang dikenali di nusantara khasnya di alam Melayu. Meskipun tulisan Jawi tidak lagi digunakan secara meluas, namun di Malaysia pengajaran dan pembelajaran (PnP) tulisan Jawi masih berlaku di sekolah kebangsaan Melayu memandangkan ia merupakan sebahagian daripada warisan kebudayaan bangsa. Namun, pengajaran dan pembelajaran (PnP) tulisan Jawi juga mempunyai cabaran, khasnya sistem ejaan Jawi yang digunakan sukar dikuasai oleh pelajar seperti penggunaan suku kata tertutup (SKT). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kemahiran murid mengenal dan menggunakan SKT serta menyingkap faktor yang menyebabkan SKT sukar dikuasai. Sebanyak 10 orang murid terlibat dalam kajian ini sebagai peserta kajian termasuk seorang guru yang mengajar pelajaran Jawi. Instrumen soal selidik, kertas ujian dan temu bual separa berstruktur digunakan untuk mengutip data. Data yang dikutip kemudian dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan gambaran sebenar situasi yang berlaku dalam sampel kajian. Dapatan kajian menunjukkan ada responden dapat menggunakan SKT pada perkataan tertentu, dan kebanyakan mereka masih keliru dan tidak menguasai SKT dengan baik. Kajian ini juga mendapati faktor seperti masa yang diperuntukan dan kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan secara lebih kreatif mengikut tahap kognitif pelajar yang lebih cenderung untuk aktiviti permainan yang meyeronokkan. Kajian ini penting kerana ia mampu menunjukkan pola penerimaan dan penguasaan tulisan Jawi yang membuka kepada kajian selanjutnya khususnya dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah di Malaysia.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Che Mat, Azman
azman531@uitm.edu.my
Mohd Anwar, Siti Athirah
UNSPECIFIED
Awang, Azarudin
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > Islamic education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sabah
Journal or Publication Title: Borneo Akademika
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Borneo Akademika (BA)
Volume: 5
Number: 2
Page Range: pp. 33-46
Keywords: Tulisan jawi; Kemahiran; Suku kata tertutup; Murid
Date: December 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82260
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 82260.pdf] Text
82260.pdf

Download (343kB)

ID Number

82260

Indexing

Statistic

Statistic details