Abstract
Pusat Pengajian Kimia dan Alam Sekitar (PPKAS), UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah telah mengadakan Bengkel Perancangan Strategik 2023 pada 2 Februari 2023 bertempat di Hotel Palm Mall, Seremban, Negeri Sembilan. Objektif utama bengkel ini adalah untuk merangka pelan strategic pusat pengajian ke arah pencapaian petunjuk prestasi (PI) yang telah ditetapkan kepada PPKAS bagi tahun 2023. Antara PI yang telah ditetapkan kepada PPKAS adalah penerbitan prosiding konferensi dan jurnal berindeks, permohonan geran dalam negara dan luar negara serta program tanggungjawab sosial universiti (USR). Bengkel dimulakan dengan ucapan aluan oleh Prof. Madya Ts. ChM Dr. Sheikh Ahmad Izaddin Sheikh Mohd Ghazali, Koordinator Kimia dan Alam Sekitar, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, dan diikuti dengan penerangan secara terperinci berkaitan PI yang telah ditetapkan kepada PPKAS. Bagi merealisasikan pencapaian setiap PI, koordinator telah membahagikan PI tersebut kepada beberapa bahagian iaitu penyelidikan, penerbitan, pengkomersilan dan program Global Outreach Programme (GOP) dan telah melantik beberapa orang pensyarah sebagai ketua bagi merangka strategi pelaksanaan PI yang telah dipertanggungjawabkan. Bengkel diteruskan dengan taklimat ringkas berkaitan bidang tujahan Anugerah Kualiti Rektor Antara Bahagian (AKRAB) bagi tahun 2023 serta pelaksanaannya oleh Ts Dr. Asiah Abdullah, Ketua Penulis AKRAB, PPKAS 2023.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Dzakaria, Norliza UNSPECIFIED Abdullah, Asiah UNSPECIFIED Jani, Nor Akmalazura UNSPECIFIED Zainal Abidin, Nurul Auni UNSPECIFIED Sheikh Mohd Ghazali, Sheikh Ahmad Izaddin UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin APB Edisi 10 |
ISSN: | 2682-7948 |
Keywords: | Pusat Pengajian Kimia dan Alam Sekitar, PPKAS, AKRAB, UiTM, Negeri Sembilan |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82212 |