Abstract
Lukisan kanak-kanak sering kali dilihat dalam koleksi contengan dan gambaran sama ada menghiasi dinding, contengan pada tubuh badan, dan pelbagai tempat yang boleh dilihat. Tujuan ini adalah untuk keseronokan kanak-kanak, namun dalam elemen seronok terkandung intipati yang boleh mambangun kemahiran dan perkembangan yang merujuk terhadap awal literasi lukisan merupakan petanda awal bahasa literasi komunikasi lisan dan tulisan. Selangkah dengan ini, keperluan kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji makna bahasa lukisan kanak-kanak bermula usia sejak lahir hingga tiga tahun. Seramai lapan peserta kajian yang terlibat dalam kajian ini iaitu dua peserta kanak-kanak lelaki dan dua peserta kanak-kanak perempuan, serta empat informan iaitu Ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut. Kajian ini dilaksanakan menggunakan penyelidikan kualitatif, kaedah kajian kes kajian penerokaan dan kajian perkembangan. Pemungutan data melibatkan temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data dianalisis menggunakan The Data Analysis Spiral (Creswell & Poth, 2018). Dapatan kajian menunjukkan makna lukisan bagi kanak-kanak muda usia 0-3 tahun membangun perkembangan bahasa, membangun kemahiran motor halus, mengembangkan kreativiti, serta membangun pembelajaran dan pengetahuan baharu. Penemuan ini menunjukkan hubungan naratif kanak-kanak dan proses lukisan mereka berubah dan berkembang yang memaklumkan sifat dan kandungan karya membantu menjelaskan niat dan proses kanak-kanak berfikir. Justeru, implikasi kajian ini merungkai bahawa melukis adalah alat minda yang membangun awal pembelajaran bahasa penulisan serta penceritaan secara semula jadi dan berkesan. Pembangunan ini membolehkan kanak-kanak berpeluang mengikuti sosiobudaya bermasyarakat dengan lebih awal dalam membina aspek perkembangan diri kanak-kanak.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Maidin, Rosny UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Patron Ab Aziz, Dr. Ameiruel Azwan UNSPECIFIED Team Member Hamzah, Fazlinda UNSPECIFIED Team Member Sharifudin, Mohd Azlan Shah UNSPECIFIED Team Member Mohd Juned, Dr. Amirah UNSPECIFIED Team Member Rokman, Zesdyzar UNSPECIFIED Team Member Rosli, Rozielawati UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Nonverbal communication |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka |
Event Title: | International Conference of Research on Language Education 2023: “Embracing Change: Emancipating the Landscape of Research in Linguistics, Language and Literature” |
Event Dates: | 13-14 March 2023 |
Page Range: | pp. 585-598 |
Keywords: | Melukis; Bahasa; Motor halus; Kreativiti; Pembelajaran; Naratif pemikiran |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81997 |
Download
81997.pdf
Download (808kB)