Profil demografi Pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) dalam pembacaan Al-Quran / Mohd Khairulazman Abu Bakar and Azman Che Mat

Abu Bakar, Mohd Khairulazman and Che Mat, Azman (2015) Profil demografi Pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) dalam pembacaan Al-Quran / Mohd Khairulazman Abu Bakar and Azman Che Mat. e-Academia Journal, 4 (2). pp. 53-61. ISSN 2289 - 6589
Abstract

Kemahiran pembacaan al-Quran merupakan satu kemahiran asas yang perlu ada pada setiap orang Muslim untuk menentukan kesempurnaan sesuatu ibadah khusus seperti solat. Kajian ini bertujuan untuk meninjau profil demografi pelajar-pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun, Terengganu terhadap pengetahuan pembacaan al-Quran. Pengalaman pengajian responden menerima ilmu yang berkaitan dengan al-Quran sama ada sebelum atau semasa di PSMZA menentukan kebolehupayaan mereka menguasai pembacaan al-Quran dengan baik. Maklumat kajian diperolehi melalui kaedah kuantitatif dan data dianalisis daripada soal selidik sebanyak 411 responden yang dipilih secara strata. Dapatan kajian menunjukkan profil demografi responden berada di tahap yang baik dari aspek keputusan subjek PAI-SPM, pendedahan asas pembacaan al-Quran dan pemilikan naskah al-Quran. Namun begitu, tahap pembacaan, khatam, belajar tajwid adalah masih kurang memuaskan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 81769.pdf]
Text
81769.pdf
Download (446kB)
Indexing & Metrics