Abstract
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti ketidakfahaman pelajar terhadap istilah teknikal Bahasa Inggeris dalam Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) (DEP) semester lima sesi JUN 2012. Objektif kajian adalah mengenalpasti punca masalah, meningkatkan kefahaman dan minat pelajar terhadap istilah teknikal Bahasa Inggeris. Kajian ini dilaksanakan melalui kaedah soal selidik dan pemerhatian terhadap kumpulan sasaran. Kumpulan sasaran adalah seramai 25 orang pelajar semester lima dari program DEP sesi JUN 2012. Berdasarkan analisa dapatan dari soal selidik dan pemerhatian, didapati pelajar yang menggunakan kamus istilah semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan menggunakan istilah teknikal bahasa inggeris hanya 29% sahaja. Manakala 76% Pelajar juga tidak membawa buku rujukan semasa berkuliah. Antara Aktiviti yang dijalankan untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap istilah teknikal bahasa inggeris adalah aktiviti berbentuk ‘treasure hunt’ (mencari perkataan teknikal bahasa inggeris dalam kamus istilah), mengadakan kursus cara mencari bahan rujukan di perpustakaan menggunakan sistem pencarian berkomputer (e-poc),menggunakan konsep outcames based Education (OBE) dan mencadangkan kepada bahagian akademik politeknik supaya proses pengajaran dan pembelajaran(P&P) kursus lain juga di ajar dalam bahasa inggeris. Hasil permerhatian setelah tindakan dijalankan, kefahaman terhadap istilah kumpulan sasaran ini telah bertambah kepada 70% dari hasil tinjauan sebelum ini. Dari rumusan ini, dicadangkan supaya kepentingan pengetahuan istilah teknikal didedahkan seawal mungkin, iaitu semasa semester satu setelah mereka menjadi pelajar di politeknik ini.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Ghani, Mohd Rusmi mohdrusmi@pkkt.edu.my Husin, Azman UNSPECIFIED Abdul Latif, Nadiyatul Akmar UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PE English language > Study and teaching P Language and Literature > PE English language > Modern English > Language > Study and teaching |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus |
Journal or Publication Title: | e-Academia Journal |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > e-Academia Journal (e-AJ) |
ISSN: | 2289 - 6589 |
Volume: | 4 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 58-66 |
Keywords: | Pelajar, Istilah Teknikal, DEP |
Date: | 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81768 |