Abstract
Karya “Ayah and Mama” telah dipamerkan di Pameran Asia International Community of Art and Design (AICAD) yang bertemakan “Tales of The Cities” pada tahun 2021. Karya ini merupakan salah satu inisiatif dan idea pengkarya untuk menyampaikan mesej kepada penonton pentingnya keprihatinan ibu bapa dalam perkembangan kanak-kanak daripada hasil lukisan yang telah dihasilkan oleh mereka. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan kaedah pemerhatian dan analisis data dari bahan sampel lukisan seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 5 tahun. Hasil daripada kajian yang dibuat, pengkarya memperolehi idea bagi menghasilkan sebuah karya yang diinspirasikan dari lakaran imej yang dihasilkan oleh kanak-kanak tersebut. Lakaran imej dipilih sebagai kajian utama kerana pada usia ini dinyatakan bahawa kanak-kanak sudah mula melukis objek konkrit dengan menggunakan garisan dan warna. Selain itu, pada usia ini juga kanak-kanak sudah tahu mengambarkan keadaan sekeliling mereka serta menyampaikan mesej dengan menggunakan kaedah melukis dengan jelas.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Nahrawi, Shuhaila UNSPECIFIED Mustapha, Shahrizad Fitri UNSPECIFIED Othman, Muhamad Rozali UNSPECIFIED Almurid, Dayang Intan Farahanies UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Technique > Special subjects (Technique, history and collections) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Art and Design |
Journal or Publication Title: | ARTe: Art & Expression, November 2022 |
Event Title: | ARTe: Art & Expression, November 2022 |
Event Dates: | November |
Page Range: | pp. 54-57 |
Keywords: | Lukisan kanak-kanak |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81762 |