Kajian kes perbezaan jantina dalam pembentukan sahsiah muslim pelajar / Wan Ahmad Zakry Wan Kamarudin

Wan Kamarudin, Wan Ahmad Zakry (2015) Kajian kes perbezaan jantina dalam pembentukan sahsiah muslim pelajar / Wan Ahmad Zakry Wan Kamarudin. e-Academia Journal, 4 (1). pp. 22-29. ISSN 2289 - 6589
Abstract

Pembentukan sahsiah muslim merupakan teras kepada pendidikan Islam. Hal ini jelas kerana Islam diwahyukan demi menyempurnakan akhlak yang mulia. Makalah ini mengkaji persepsi pelajar terhadap pelaksanaan program pembentukan sahsiah Muslim di sekolah agama IMTIAZ. Tiga pemboleh ubah yang dikaji, iaitu pengetahuan, sikap dan amalan berdasarkan tiga komponen utama sahsiah Muslim yang terdiri daripada rohani, jasmani dan akal. Bagi mendapatkan data yang diperlukan, sebanyak 600 responden telah dijadikan sampel kajian daripada seluruh sekolah IMTIAZ di Terengganu. Set soal selidik yang dibina pengkaji diuji terlebih dahulu untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan sebelum diedarkan kepada sampel kajian yang sebenar. Analisis Cronbach Alpha telah digunakan untuk menguji tahap ketekalan dengan aras bacaan 0.6 hingga 1.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan dalam kalangan pelajar lelaki bagi komponen sahsiah Muslim adalah lebih tinggi berbanding dengan pelajar perempuan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 81711.pdf]
Text
81711.pdf
Download (340kB)
Indexing & Metrics