Abstract
Projek ini mengenai pengalaman Encik Mohd Daud bin Yusoff sebagai seorang yang bergiat didalam bidang pertukangan perak di Kelantan amnya. Kekemasan, pengetahuan dan juga lain-lain kriteria yang ada pada Encik Daud ini telah diiktiraf oleh pihak kraf Malaysia dan beliau telah dinobatkan sebagai Adiguru. Transkrip ini juga menerangkan tentang butiran peribadi dan sedikit latar belakang mengenai beliau. Selain itu, terdapat maklumat mengenai ahli keluarga dan anak-anak tokoh yang di temubual. Ia juga menerangkan tentang sejarah pendidikan dan kehidupan tokoh sejak kecil sehingga sekarang. Seterusnya, beliau menceritakan pengalaman beliau semasa mula-mula berkecimpung dalam bidang pertukangan perak ini dan bagaimana cabaran yang beliau tempuhi sehingga ke hari ini. Beliau juga berkongsi pendapat dan nasihat kepada sesiapa yang ingin menceburi dalam bidang pertukangan perak ini kerana berdasarkan beliau, bidang ini perlu ada pelapis untuk generasi akan datang. Encik Mohd Daud berkongsi maklumat mengenai anugerah yang diperoleh dan khidmat masyarakat yang beliau lakukan sepanjang berada dalam bidang pertukangan perak ini.
Metadata
Item Type: | Monograph (Oral History Report) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Tuan Husain, Tuan Muhammad Hafis 2012971319 Abd Manan, Saiful Safuan 2012364757 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Chik, Nor Kamariah UNSPECIFIED Interviewee Yusoff, Mohamed @ Mohd Daud UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Metalwork N Fine Arts > NX Arts in general > Special subjects, characters, persons, religious arts, etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Mohd Daud bin Yussof, adiguru logam, pertukangan perak, Mahathir and wawancara |
Date: | 2014 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81608 |