Abstract
Kajian ini bertujuan melihat variasi minat pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam. Kajian ini juga ingin melihat perbezaan variasi minat pelajar terhadap demografi pelajar. Pendekatan kuantitatif dengan bantuan instrumen soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data. Pemilihan subjek kajian pula dijalankan secara persampelan rawak mudah melibatkan 370 orang pelajar tingkatan empat di sekolah-sekolah terpilih, di sekitar dua zon utama dalam daerah Perak Tengah. Dapatan kemudiannya dianalisis secara deskriptif dan inferensi, bagi menjawab persoalan kajian. Analisis deskriptif menjelaskan variasi minat pelajar terhadap subjek pendidikan Islam. Manakala analisis inferensi yang melibatkan Ujian-T dan Analisis Varian Sehala adalah bagi mencari perbezaan. Hasil kajian mendapati, variasi minat pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam, berada pada tahap sederhana tinggi; keterbukaan (M = 3.64, SP = 0.52), ketertarikan (M = 3.32, SP = 0.47), perhatian (M = 3.63, SP = 0.47), dan penglibatan (M = 3.34, SP = 0.51). Ujian T dan Analisis Varian Sehala pula membuktikan, terdapat perbezaan yang signifikan antara variasi minat pelajar dengan demografi mereka. Kesimpulannya, variasi minat pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam adalah baik, namun terdapat perbezaan variasi minat berdasarkan demografi pelajar.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Shafie, Amirul Ridzuan UNSPECIFIED Mohd Nawi, Muhammad Zulazizi zulazizi0902@gmail.com |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Journal or Publication Title: | e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU) |
ISSN: | 2006-9617 |
Volume: | 2 |
Page Range: | pp. 54-89 |
Keywords: | Minat; Pelajar; Mata pelajaran pendidikan Islam |
Date: | December 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81307 |