Abstract
Pelaksanaan wakaf pendidikan sebagai instrumen untuk pembangunan fasiliti dan kemudahan di Universiti Awam (UA) di Malaysia pada masa kini dilihat semakin berkembang. Wakaf pendidikan adalah satu instrumen ke arah kemandirian kewangan dalam sistem pendidikan tinggi di Malaysia. Justeru itu objektif kajian ini ialah cuba menganalisis teori tadbir urus wakaf pendidikan dan mencadangkan tadbir urus wakaf Pendidikan di Universiti Awam berteraskan Maqasid al Syariah. Bagi memperoleh maklumat, kajian berbentuk kualitatif secara kepustakaan digunakan untuk membentuk kerangka teori. Kajian kepustakaan dilakukan dengan membuat rujukan kepada dokumen-dokumen seperti buku akademik dan kitabkitab fiqh, majalah, akhbar, kertas kerja, jurnal, laporan, risalah, surat pekeliling, catatan, maklumat dari laman web serta bahanbahan atau dokumentasi yang lain. Hasil penelitian dan analisis kepustakaan menunjukkan teori tadbir urus wakaf pendidikan di Universiti Awam berteraskan Maqasid al Syariah adalah garis panduan yang jelas dalam melindungi aset wakaf dari segi kutipan, agihan, pelaburan dan pemasaran wakaf di Universiti Awam agar penyalahgunaan dana wakaf dapat dihindari.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Che Zuina chezu270@uitm.edu.my Muhammad, Hamizah UNSPECIFIED Mohd Noor, Nor Adila UNSPECIFIED Yahaya, Salimah UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Journal or Publication Title: | e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU) |
ISSN: | 2006-9617 |
Volume: | 1 |
Page Range: | pp. 64-73 |
Keywords: | Tadbir urus; Wakaf Pendidikan; Maqasid al Syariah |
Date: | May 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81290 |