Transkrip wawancara bersama Tuan Haji Khairul Fithri bin Osman Timbalan Pengarah Kulim Hi-Tech Park / Khairul Naimi Khairul Fithri and Muhammad Iznee Abd Rahman

Khairul Fithri, Khairul Naimi and Abd Rahman, Muhammad Iznee (2015) Transkrip wawancara bersama Tuan Haji Khairul Fithri bin Osman Timbalan Pengarah Kulim Hi-Tech Park / Khairul Naimi Khairul Fithri and Muhammad Iznee Abd Rahman. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Temubual ini adalah antara Tuan Haji Khairul Fithri Bin Osman dan pelajar iaitu Khairul Naimi Bin Khairul Fithri dan Muhammad Iznee Bin Abd Rahman. Tempat temubual ini berlangsung di rumah tokoh, Khairul Fithri B. Osman, di Kulim, Kedah. Sesi berlangsung pada tanggal 03 Mei 2015, pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 tengah hari. Kulim Hi-Tech Park ialah sebuah syarikat pengurusan kepada Kulim Hi-Tech itu sendiri, syarikat-syarikat lain seperti Silterra, dan Intel adalah di bawah pengawasan syarikat Kulim Hi-Park. Segala tentang pengurusan kewangan, produktiviti, dan lain-lain mesti dilaporkan kepada Syarikat Kulim Hi-Tech Park. Tujuan temubual ini dilakukan adalah kerana ingin mengetahui tentang syarikat ternama di Kulim, Kedah iaitu Kulim Hi- Tech Park. Temubual ini bertujuan juga ingin mengetahui lebih mendalam tentang Syarikat Kulim Hi-Tech Park, tentang cara bagaimana syarikat itu membangun, bagaimana syarikat itu boleh menjadi syarikat ternama di dalam dan luar Malaysia, bagaimana kepayahan syarikat semasa di ambang krisis kewangan, dan sebagainya. Tidak ketinggalan, kami juga menemubual Tuan haji Khairul Fithri Bin Osman sendiri berkenaan dengan biodata beliau, sejarah pendidikan beliau, pencapaian beliau, bagaimana beliau bekerja di sana, dan sebagainya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 81198.pdf]
Text
81198.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics